"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Saturday 30 July 2011

Gath CAT

Hari ni memang aku tunggu-tunggu pun sampaikan aku O.T hari ni takde semangat. Tak sabar nak jumpe kawan-kawan CAT dulu. Rindu mereka semua. Lame oo tak jumpa, after habis study. Tapi still jugak jumpa kali ni tak complete. Takpelah, nak tunggu complete memang tak patut dijadikan alasan ;)

Dengan berpandukan GPS, aku menuju ke Setiawangsa a.k.a rumah Mariam, Ayu and Ada. Singgah Jusco AU Setiawangsa dulu beli makanan ringan-ringan. Sesat sana sesat situ itu lumrah bagi aku yang buta jalan..haha.

Tapi sampai jugaklah rumah Mariam, tak lari la sampai ke Singapura. Dalam KL jugak..haha.Maka, suasana adelah kecoh amat. Tambah Yaya ( Mariam’s niece ) pun ada. Sampai kena sound dengan jiran yang mental disorder ( Tak cakap,Mariam cakap )

Sambil tengok Hindustan, makan spaghetti disulami nuget, sosej and fries. Di tambah bersama Kek Tiramisu. World laahh !!!

Petang skit, ke Jusco AU karaoke. Haha.. !! I like ! Sejam tak puas ! Dahla men kejar-kejar lagu, sume nak nyanyi. Tamak !!!

Paling berkesan di hati, gaya masuk mode 'jiwang karatz dah masuk' adalah time nyanyi lagu Cinta di Akhir Garisan and Standing in the Eyes of the World. Semangat kewanitaan and ke ‘united’ an sangat tinggi dalam diri kowt..haha. I think this song should be the theme song a.k.a lagu wajib time karaoke yer kawan-kawan !! Tak pilih la pulok lagu tamparan wanita, or trauma by Elite..haha.

Yaya yang dah penat menari dan menjerit akhirnya terlentok dah. So, masa untuk pulang. Aku balik dengan Reen, Kak Ct and Fana. Time hantar Kak Ct and Fana tu terkawal lagi. Time Reen, yang kesian. Makn die dok keep calling. Risau anak die ke mane. Maaf yer Reen, Ain tak fasih sangat jalan-jalan ni..hehe. Naseb sampai jugak, Alhamdulillah.

Sampai rumah terus terbongkang, pale denyut-denyut. Ginilah kalo kuar tak hingat dunia. Tapi ENJOY !!!

Selamat berpuasa yer kawan-kawan tersayang dunia akhirat ! Luv u all so much !!

Notakaki : Tengah menunggu gambar dari kamera Nikon DSLR Kak Ct


With love, Biskut Kelapa

Friday 29 July 2011

Salam Ramadhan

Since, Ramadhan bakal menjelma minggu depan. So, my department buat makan-makan. Cadangan terbaik, pot luck. So, boleh merase macam-macam makanan. Tapi bila melihat menu yang dilayangkan beberapa hari sebelum dah macam tak jumpa dah raya lepas ni, memetik kata Kak Linda. Kena sedas dua..haha.

Kak Linda kate die tak nak masak, sebab nak jadi juri untuk judge masakan yang di bawa ala-ala macam Ogy dalam rancangan Jaguh Kampung. Sekali, ade request da. Kena juga die bawak, Nasi Hujan Panas.

Memang pun, hari kejadian ( Jumaat pagi ) hujan lebat gila. Aku dah malas-malas dah nak pegi keje, tapi memandangkan ade makan-makan, gagahkan juga. Lagipun, aku dah tempah kat mak cik kueh tu. Cancel nanti kesian pulak.

Jadinye, dengan meredah hujan lebat,sampai kat ofis pun dalam 8.15 pagi. Nak dijadikan cerita, thumbprint pulak rosak. Naseb ;)

Makanye seharian tu makan-makan jer la..sambil buat kerja jugak ;)

With love, Biskut Kelapa

Thursday 28 July 2011

Appraisal

Aku officially “bekerja” di sini, so aku agak blur la sikit pasal appraisal. Even, aku pernah kerja part time dulu. So, sejak kebelakangan ni selalu la tanye-tanyer kakak-kakak yang dah lame kerja. Appraisal tu menatang apa ?? Buat camne ?? Lepas appraisal ape jadi ?? Sungguh, tak tahu. Pernah belajar tajuk Appraisal dalam Management, tapi itu theory manekan same dengan reality, hehe..
Alkisahnye, hari ni pun appraisal. Ade a few forms, kter kena rating diri kter berdasarkan kerja, attitude kte di office. Pastu, my superior and I will sit together discuss every single of thing. Mean, why this rate..bla..blaa..

Dan sesungguhnya, bila ditanye dengan staff lain,appraisal dengan superior dalam 2 minit jer. Aku punye adela dalam 1 ½ hour. Itupun, naseb baik phone die ringing, kalo tak mau tak drag ke 3 hours. Ohh gosh !!!

Rahsia kejayaan sampai lame dari orang lain adalah ade intro/mukadimah pastu go every single item dalam appraisal tu, setiap huruf die terangkan ( sarcastic bunyinyer ) tapi lebih kurang macam tu la.
It’s okay Ain, banyak nasihat dia bagi, ala recharging self-motivation la. At least, I know ade jugak orang pandang aku buat kerja..hihi. Result adalah rahsia ;)

Notakaki : You’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet, along the way to perfection you’ll be learn to get better.

With love, Biskut Kelapa

Tuesday 26 July 2011

Lazy Song on Monday


Sesuai benar dengan pagi Isnin, orang kate Monday Blues.Curious ni,sape la memandai reka Monday blues ni ? Suka suki jiran sepapat die jer. Nape tak de Friday Greeny ker ? Thursday Reddy ker ? ahah !!!
Apepon, layan jer lagu ni untuk menenangkan jiwa / fikiran yang serabut. TAPI [ amaran ] , tak mau lazy-lazy yer. No ! No ! ;)

Notakaki : Cam aman pulak rase Monday ni..everything run smoothly. Thank you Allah
With love, Biskut Kelapa

Sunday 24 July 2011

My Passion


Tak sabar nak tunggu siap sekuntum bunga ;)

Ni kerja aku time weekend. Weekdays memang harapan la. Balik kerja, terus terbongkang tak hingattt !!!
Buat keje ni memang banyak kena sabar la. Alahai, agak-agak ko bosan nak buat, stop la. Jangan la paksa,kalo buat kerja terpaksa buat ape. Bukan ade hadiah pun, kan ? Hehe..Tapi bila yer nak siap, tak sabar nak tengok bunga sekuntum ni siap. Ingat nak buat sarung bantal kereta, kalo tak pun frame kana je..hihi. Sekian ;)

Selamat berhujung minggu dengan gaya anda tersendiri..adios amigos !!

With love, Biskut Kelapa

Thursday 21 July 2011

MC tak serupa MC

Arghhh ! MC macam tak MC je. Sikit-sikit call. Kalau call cakap elok-elok takpe la jugak. Ini asyik nak blame orang jer. Aku tak tahan dah dengan Superior macam ni. Sekarang sapa yang tak independent hah ??

Aku MC ari ni bukannyer saje-saje. Aku sakit belakang lah. Itupun sebab kerusi aku tak serupa kerusi orang lain. Orang lain sedap jer, kerusi boleh gerak-gerak,ade roda la kan. Sandar pun sedap. Kerusi aku macam kerusi kat kaunter pertanyaan. Dah la aku banyak duduk bangun. Kena angkat kerusi tu. Nampak sangat macam melukut di tepi gantang. Huh !! Macamane nak PASSION dengan kerja, kalo environment macam ni ? Sekian.

Notakaki : I need new air of workplace, sedang mengumpul info ;)



With love, Biskut Kelapa

Wednesday 20 July 2011

Double Cheese Burger


Hari ni plan nak redeem double chees burger la. Buy 1 free 1. Jimat tu. Dengan hanya RM6++  boleh dapat dua bijik burger..haha. Aku baru tahu McD buat promotion every mid month. So, after this kena follow up la selalu website McD.

notakaki : Terasa lambat benar masa bergerak di ofis ni, aku dah niat awal. Balik kerja, nak qada tido..huhu

With love, Biskut Kelapa

Tuesday 19 July 2011

Training oh Training

Cloud 9 satu peket, sebab dapat collect banyak coklat sepanjang Training ;)

Nikmaaatttnye bila tak perlu masuk ofis mengadap Ms.Diktator. Rase dua hari berulang-alik ke Palm Garden Hotel, best la pulok ! Cam teringin nak kerja kat sini pulak. Aishh !!! Company buat training supaya dia bekerja lebih bagus di company, ini sempat usha nak kerja tempat lain lagi ^________^

Training ni best !! Banyak yang membuka mata. Tapi kalo cerita kat sini semua memang tak habes la. Banyak yang nak dikongsikan. Takpe, pelan-pelan kayuh ;)

Tambah koleksi sijil ;)

Makanan jangan cakap la. Heaven giler, aku bantai buffet time lunch tu kaw-kaw. Bukan selalu makan gtu, tak nasi kantin nasi bungkus tepi jalan. Dok ulang tu la sepanjang aku kerja ni. Sekali kena buffet time lunch, jenuh aku mengatur..haha. Alah ! Company bayor mahal-mahal, rugi tak makan.

Lagi best, aku dapat kumpul coklat terbanyak. Dalam training ni En.Azar suka bagi reward untuk orang yang interact and respon actively dalam training. Serta kalo dapat jawab teka-teki dia pun best. Team player pun not bad. Tak delah mandom jer. Best !! Best !! Nak lagi.

Cumanyer aku takut nak masuk esok, tak tahulah apa cerita nyer..takut :(

p/s : Jadilah mata lebah,jangan jadi mata lalat. Kerana mata lalat suka akan kekotoran / benda yang negatif tapi mata lebah suka akan benda-benda yang wangi /






With love, Biskut Kelapa
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio