"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Wednesday 5 October 2011

Cool Blog yang memang Cool Habess !!!

Cool Blog-Oreo with Black Pearl = RM4.10


Tekak mengidam nak minum Cool Blog, tapi selsema. Ajak Incik F pegi beli. Naseb dia turutkan. Tak buat pula ceramah kesihatan dia. Baik jangan mula, kang aku yang sentap. So, lepas kerja terus pergi. Pasal Cool Blog O.T sanggup ku korbankan.

Sampai dekat kaunter, dah rambang mata nak beli yang mana satu. So, discuss punyer discuss, kata putus pun tercapai. "Kak, Oreo Blog with Black Pearls satu !" Satu jer, walaupun Incik F nak. Patutla dia tak bantah, sebab nak jugak!! Alolo..haha. Beli satu jer, sebab aku nak melangsaikan hutang tekak ni jer. Asal lalu jer..Peace !!!

Dan hari ini, selsema makin menjadi-jadi. Tahniah ye Ain :)



With love, Biskut Kelapa

Tuesday 4 October 2011

Buat Mak

Angah sayang Mak sangat-sangat !!



Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu itu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh,agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan,ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya.
“Ya Allah, beri daku waktu yang cukup banyak untuk berbakti kepada ibu dan ayahku. Panjangkan umur ibu dan ayahku,panjangkan umurku, beri daku waktu Ya Allah. Banyak sekali yang aku ingin lakukan untuk ibu dan ayah. Banyak sekali perkara yang ingin aku korbankan untuk membahagiakan mereka.


With love, Biskut Kelapa
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio