"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Wednesday 28 December 2011

Wordless Wednesday #3


With love, Ainsya Yusoff

Monday 26 December 2011

Krismas di Lata Kekabu

Adhoc punya program iaitu Berkelah di Lata Kekabu pada hari Krismas. Perghh, mahu menangis cikgu kalau buat karangan 'Pengalaman Cuti Sekolah' anda. Hahaha.

Gerak dalam pukul 1 tengahari after dah siap-siap masak. Menu hari itu adalah Kari Ikan, Ikan Goreng, Sambal Ikan (hancur) dan Sambal Sardin. Itu menu utama, yang side dishes tu ada jugak, haha. Iaitu buah durian, apam mekar,sandwich,keropok ikan  dan buah oren ( bakal menantu bagi, InsyaAllah ).

Pintu gerbang Lata Kekabu

Cuaca yang panas amatlah sesuai untuk berkelah-kelah ni. Sampai jer kat sana, terus cari port baik punyerrr. Ada wakaf cantik,dekat dengan tandas dan surau. Bagus !!

Port cantekkk ! haha

Sebelum apa-apa,kita makan dulu ! Seranggg !! Haha.. Dah dapat makan sume diam. Haishhh..betul-betul haw liowww !!

Nampak kerakusan di situ, ahaks ;)

Budak tak mandi + Budak Cengeng ! 
Masa untuk mandi manda,bajet macam pool sendiri.


Dah puas bermandi manda, kemas and balik. Sebelum balik, singgah dulu Kuala Kangsar, parent nak beli baju sekolah adik. Ikutkan sajork :)

Makan malam di Dataran Lenggong, Urghhhh sungguh menyakitkan hati ! Order lambat nak mampus. Nasi goreng ayam jer kowt. Order dari maghrib, sampai ke sudah tak dapat. Memang PANGKAH la kan ! Refer the attachment below.


Muka nyampah dan nak marah orang ! Sakit hati okay ! 
Habis jugak karangan aku iaitu 'Pengalaman Cuti Sekolah Saya'. Kelasss taw, karangan beserta gambar. Kau ade ?? Haha.

Apa yang penting is QUALITY TIME. Bukan senang nak kumpul semua ni. Yang ni ada, yang tu takde. Cuti tak same la, ape la. So, manfaat kan ia dengan sebaik-baiknya. I love my family very much :)


With love, Ainsya Yusoff

Wednesday 21 December 2011

Wordless Wednesday #2






With love, Ainsya Yusoff

Sunday 18 December 2011

Pancake #3



Hai, pada hari Ahad yang cerah lagi makmur, Mixer Syasya nak kongsi satu resipi lagi. Pancake taw. Kelassss kau Syasya breakfast dengan pancake. Ahaks ;) Dah-dah, jom layan resipi jer ! Haha.

Bahan-bahan ( dapat la dalam 10 keping lebih )
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula halus ( senang nak pukul )
1 biji telur ayam
1 cawan susu cair
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Gula dan telur dipukul hingga kembang.
2. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
3. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau lagi.
5. Masukkan baking powder dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
7. Masak atas pan ! ( # Hanya oleskan minyak pada pan )


Resipi asal, klik DISINI.

# Cicah susu pon sodap ! haha.

With love, Ainsya Yusoff

Friday 16 December 2011

Apam Mekar #2



Kalau Hot FM dengan Senduk Fifi, Ainsya punya blog nak buat Mixer Syasya la pulak. Kelas kau Syasya.  Haha. So Kali ni Mixer Syasya nak kongsi resipi Apam Mekar. Syasya suka taw beli kuih ni.Cantik, gebu, mekar setaman lagi tu..lalalala :)  Now, nak cuba buat sendiri. Auwww ! [ Mood : Gedik ]

Bahan-bahannya ( Anggaran dapat lebih 50 biji papercup kecik )
250 gm gula ( kurangkan kalau tak nak manis sangat )
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200 ml susu cair
300 ml tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna ( ikut suka )
Papercup ( Secukupnya )

Cara-Cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutup untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu. Tapi berdasarkan pengalaman, baik kisar dulu gula tu, senang sikit nak pukul. 
3.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi..dan lagi. Ahaks :)  
5..Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ( ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kepada 3 bahagian )
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna ke dalama piping bag yang berasingan ( atau plastik bersih dan potong sikit bucunya atau guna sudu kecil )



9. Letakkan paper dalam acuan apam dan masukkan adunan tadi. Campur-campurkan warna, baru cantik.



10. Kukus selama 5-15 minit ( bergantung kepada saiz papercup ).
11. Sedia untuk dihidang.

*mana-mana ayat yang diboldkan adalah ayat blogger sendiri. Harap maklum. Idea asal adalah di SINI.


With love, Mixer Syasya

Thursday 15 December 2011

Wordless Wednesday #1







With love, Ainsya Yusoff

Wednesday 5 October 2011

Cool Blog yang memang Cool Habess !!!

Cool Blog-Oreo with Black Pearl = RM4.10


Tekak mengidam nak minum Cool Blog, tapi selsema. Ajak Incik F pegi beli. Naseb dia turutkan. Tak buat pula ceramah kesihatan dia. Baik jangan mula, kang aku yang sentap. So, lepas kerja terus pergi. Pasal Cool Blog O.T sanggup ku korbankan.

Sampai dekat kaunter, dah rambang mata nak beli yang mana satu. So, discuss punyer discuss, kata putus pun tercapai. "Kak, Oreo Blog with Black Pearls satu !" Satu jer, walaupun Incik F nak. Patutla dia tak bantah, sebab nak jugak!! Alolo..haha. Beli satu jer, sebab aku nak melangsaikan hutang tekak ni jer. Asal lalu jer..Peace !!!

Dan hari ini, selsema makin menjadi-jadi. Tahniah ye Ain :)



With love, Biskut Kelapa

Tuesday 4 October 2011

Buat Mak

Angah sayang Mak sangat-sangat !!



Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu itu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh,agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan,ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya.
“Ya Allah, beri daku waktu yang cukup banyak untuk berbakti kepada ibu dan ayahku. Panjangkan umur ibu dan ayahku,panjangkan umurku, beri daku waktu Ya Allah. Banyak sekali yang aku ingin lakukan untuk ibu dan ayah. Banyak sekali perkara yang ingin aku korbankan untuk membahagiakan mereka.


With love, Biskut Kelapa

Sunday 18 September 2011

Zarina's wedding

Agenda 17th september,teaser je. Nanti depan laptop aku update lebih..hehe
Published with Blogger-droid v1.7.4

3 campur 1=satu by ana farhana

Currently reading this novel o_O
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 16 September 2011

Nasi Ulam

First time cuba nasi ulam,special lagi tu! Kelasss gtu..auwww! Bertempat di Restoran Nasi Ulam bangi ;) Jemput makan :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 14 September 2011

Talking to the moon-Bruno Mars

I just love bruno mars,asal aku suke jer satu lagu mesti bruno nyanyi or asal bruno nyanyi jer aku suke! Haha. Layan mata laa..nak tido dulu. Btw,i can feel the song and the rest let it be secret ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 13 September 2011

Nasi Kukus Ayam Dara



Lunch tadi sambil meng'test' blogger android kt phone ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 4 September 2011

Homemade

Agaknya family adik beradik ramai, buat sendiri is better. Jimat duit serta mengeratkan silaturrahim. Macam hari ini, mak and kuncu-kuncunya which are my siblings buat sate ayam. Aku tak involve time ni, sebab dah penat buat tart -_-'


Pergh! Sikit lagi  nak same ngan Sate Hj Samuri #TTDMKA
Aku pulak kehausan plus kepanasan amat, gi buat McFlurry Oreo ( so called ). Caranya mudah, aiskrim vanila tambah dengan blended oreo. Itu jer ^____^

McFlurry Oreo


With love, Biskut Kelapa

Homemade Tart Nenas #1

Hi, hari ni hari Sabtu. Esok hari Ahad, mean cuti dah habis *sigh* Tak puas lagi cuti, huhu. >.<

So, nak balik ni, aku nak bawak tart nenas air tangan sendiri la. Lagipun stok yang mak aku buat dah tinggal sikit. So, better aku buat lain :) Aku just follow resipi dalam Majalah Rasa jer *mak suruh macam tu* hehe..

Tu dia, resipinyer :)
Langkah-langkahnya

Fresh dari over

Simpan dalam bekas, bawa balikk Bangi. Makan jangan tak makan !
Mak cakap sedap, lembut. Auwww ! First time cuba 100% titik peluh sendiri, JADI ! Selama ni jadi assistant mak jer..hehe


With love, Biskut Kelapa

Thursday 1 September 2011

Aidilfitri 2011




Sukahati aku jer, dengan bulan puasa tak post ape, tup-tup terus gambar raye. Arghh, pedulikan..ahkak punye suke la !! haha.

With love, Biskut Kelapa

Saturday 30 July 2011

Gath CAT

Hari ni memang aku tunggu-tunggu pun sampaikan aku O.T hari ni takde semangat. Tak sabar nak jumpe kawan-kawan CAT dulu. Rindu mereka semua. Lame oo tak jumpa, after habis study. Tapi still jugak jumpa kali ni tak complete. Takpelah, nak tunggu complete memang tak patut dijadikan alasan ;)

Dengan berpandukan GPS, aku menuju ke Setiawangsa a.k.a rumah Mariam, Ayu and Ada. Singgah Jusco AU Setiawangsa dulu beli makanan ringan-ringan. Sesat sana sesat situ itu lumrah bagi aku yang buta jalan..haha.

Tapi sampai jugaklah rumah Mariam, tak lari la sampai ke Singapura. Dalam KL jugak..haha.Maka, suasana adelah kecoh amat. Tambah Yaya ( Mariam’s niece ) pun ada. Sampai kena sound dengan jiran yang mental disorder ( Tak cakap,Mariam cakap )

Sambil tengok Hindustan, makan spaghetti disulami nuget, sosej and fries. Di tambah bersama Kek Tiramisu. World laahh !!!

Petang skit, ke Jusco AU karaoke. Haha.. !! I like ! Sejam tak puas ! Dahla men kejar-kejar lagu, sume nak nyanyi. Tamak !!!

Paling berkesan di hati, gaya masuk mode 'jiwang karatz dah masuk' adalah time nyanyi lagu Cinta di Akhir Garisan and Standing in the Eyes of the World. Semangat kewanitaan and ke ‘united’ an sangat tinggi dalam diri kowt..haha. I think this song should be the theme song a.k.a lagu wajib time karaoke yer kawan-kawan !! Tak pilih la pulok lagu tamparan wanita, or trauma by Elite..haha.

Yaya yang dah penat menari dan menjerit akhirnya terlentok dah. So, masa untuk pulang. Aku balik dengan Reen, Kak Ct and Fana. Time hantar Kak Ct and Fana tu terkawal lagi. Time Reen, yang kesian. Makn die dok keep calling. Risau anak die ke mane. Maaf yer Reen, Ain tak fasih sangat jalan-jalan ni..hehe. Naseb sampai jugak, Alhamdulillah.

Sampai rumah terus terbongkang, pale denyut-denyut. Ginilah kalo kuar tak hingat dunia. Tapi ENJOY !!!

Selamat berpuasa yer kawan-kawan tersayang dunia akhirat ! Luv u all so much !!

Notakaki : Tengah menunggu gambar dari kamera Nikon DSLR Kak Ct


With love, Biskut Kelapa

Friday 29 July 2011

Salam Ramadhan

Since, Ramadhan bakal menjelma minggu depan. So, my department buat makan-makan. Cadangan terbaik, pot luck. So, boleh merase macam-macam makanan. Tapi bila melihat menu yang dilayangkan beberapa hari sebelum dah macam tak jumpa dah raya lepas ni, memetik kata Kak Linda. Kena sedas dua..haha.

Kak Linda kate die tak nak masak, sebab nak jadi juri untuk judge masakan yang di bawa ala-ala macam Ogy dalam rancangan Jaguh Kampung. Sekali, ade request da. Kena juga die bawak, Nasi Hujan Panas.

Memang pun, hari kejadian ( Jumaat pagi ) hujan lebat gila. Aku dah malas-malas dah nak pegi keje, tapi memandangkan ade makan-makan, gagahkan juga. Lagipun, aku dah tempah kat mak cik kueh tu. Cancel nanti kesian pulak.

Jadinye, dengan meredah hujan lebat,sampai kat ofis pun dalam 8.15 pagi. Nak dijadikan cerita, thumbprint pulak rosak. Naseb ;)

Makanye seharian tu makan-makan jer la..sambil buat kerja jugak ;)

With love, Biskut Kelapa

Thursday 28 July 2011

Appraisal

Aku officially “bekerja” di sini, so aku agak blur la sikit pasal appraisal. Even, aku pernah kerja part time dulu. So, sejak kebelakangan ni selalu la tanye-tanyer kakak-kakak yang dah lame kerja. Appraisal tu menatang apa ?? Buat camne ?? Lepas appraisal ape jadi ?? Sungguh, tak tahu. Pernah belajar tajuk Appraisal dalam Management, tapi itu theory manekan same dengan reality, hehe..
Alkisahnye, hari ni pun appraisal. Ade a few forms, kter kena rating diri kter berdasarkan kerja, attitude kte di office. Pastu, my superior and I will sit together discuss every single of thing. Mean, why this rate..bla..blaa..

Dan sesungguhnya, bila ditanye dengan staff lain,appraisal dengan superior dalam 2 minit jer. Aku punye adela dalam 1 ½ hour. Itupun, naseb baik phone die ringing, kalo tak mau tak drag ke 3 hours. Ohh gosh !!!

Rahsia kejayaan sampai lame dari orang lain adalah ade intro/mukadimah pastu go every single item dalam appraisal tu, setiap huruf die terangkan ( sarcastic bunyinyer ) tapi lebih kurang macam tu la.
It’s okay Ain, banyak nasihat dia bagi, ala recharging self-motivation la. At least, I know ade jugak orang pandang aku buat kerja..hihi. Result adalah rahsia ;)

Notakaki : You’ll never reach perfection because there’s always room for improvement. Yet, along the way to perfection you’ll be learn to get better.

With love, Biskut Kelapa

Tuesday 26 July 2011

Lazy Song on Monday


Sesuai benar dengan pagi Isnin, orang kate Monday Blues.Curious ni,sape la memandai reka Monday blues ni ? Suka suki jiran sepapat die jer. Nape tak de Friday Greeny ker ? Thursday Reddy ker ? ahah !!!
Apepon, layan jer lagu ni untuk menenangkan jiwa / fikiran yang serabut. TAPI [ amaran ] , tak mau lazy-lazy yer. No ! No ! ;)

Notakaki : Cam aman pulak rase Monday ni..everything run smoothly. Thank you Allah
With love, Biskut Kelapa

Sunday 24 July 2011

My Passion


Tak sabar nak tunggu siap sekuntum bunga ;)

Ni kerja aku time weekend. Weekdays memang harapan la. Balik kerja, terus terbongkang tak hingattt !!!
Buat keje ni memang banyak kena sabar la. Alahai, agak-agak ko bosan nak buat, stop la. Jangan la paksa,kalo buat kerja terpaksa buat ape. Bukan ade hadiah pun, kan ? Hehe..Tapi bila yer nak siap, tak sabar nak tengok bunga sekuntum ni siap. Ingat nak buat sarung bantal kereta, kalo tak pun frame kana je..hihi. Sekian ;)

Selamat berhujung minggu dengan gaya anda tersendiri..adios amigos !!

With love, Biskut Kelapa

Thursday 21 July 2011

MC tak serupa MC

Arghhh ! MC macam tak MC je. Sikit-sikit call. Kalau call cakap elok-elok takpe la jugak. Ini asyik nak blame orang jer. Aku tak tahan dah dengan Superior macam ni. Sekarang sapa yang tak independent hah ??

Aku MC ari ni bukannyer saje-saje. Aku sakit belakang lah. Itupun sebab kerusi aku tak serupa kerusi orang lain. Orang lain sedap jer, kerusi boleh gerak-gerak,ade roda la kan. Sandar pun sedap. Kerusi aku macam kerusi kat kaunter pertanyaan. Dah la aku banyak duduk bangun. Kena angkat kerusi tu. Nampak sangat macam melukut di tepi gantang. Huh !! Macamane nak PASSION dengan kerja, kalo environment macam ni ? Sekian.

Notakaki : I need new air of workplace, sedang mengumpul info ;)



With love, Biskut Kelapa

Wednesday 20 July 2011

Double Cheese Burger


Hari ni plan nak redeem double chees burger la. Buy 1 free 1. Jimat tu. Dengan hanya RM6++  boleh dapat dua bijik burger..haha. Aku baru tahu McD buat promotion every mid month. So, after this kena follow up la selalu website McD.

notakaki : Terasa lambat benar masa bergerak di ofis ni, aku dah niat awal. Balik kerja, nak qada tido..huhu

With love, Biskut Kelapa

Tuesday 19 July 2011

Training oh Training

Cloud 9 satu peket, sebab dapat collect banyak coklat sepanjang Training ;)

Nikmaaatttnye bila tak perlu masuk ofis mengadap Ms.Diktator. Rase dua hari berulang-alik ke Palm Garden Hotel, best la pulok ! Cam teringin nak kerja kat sini pulak. Aishh !!! Company buat training supaya dia bekerja lebih bagus di company, ini sempat usha nak kerja tempat lain lagi ^________^

Training ni best !! Banyak yang membuka mata. Tapi kalo cerita kat sini semua memang tak habes la. Banyak yang nak dikongsikan. Takpe, pelan-pelan kayuh ;)

Tambah koleksi sijil ;)

Makanan jangan cakap la. Heaven giler, aku bantai buffet time lunch tu kaw-kaw. Bukan selalu makan gtu, tak nasi kantin nasi bungkus tepi jalan. Dok ulang tu la sepanjang aku kerja ni. Sekali kena buffet time lunch, jenuh aku mengatur..haha. Alah ! Company bayor mahal-mahal, rugi tak makan.

Lagi best, aku dapat kumpul coklat terbanyak. Dalam training ni En.Azar suka bagi reward untuk orang yang interact and respon actively dalam training. Serta kalo dapat jawab teka-teki dia pun best. Team player pun not bad. Tak delah mandom jer. Best !! Best !! Nak lagi.

Cumanyer aku takut nak masuk esok, tak tahulah apa cerita nyer..takut :(

p/s : Jadilah mata lebah,jangan jadi mata lalat. Kerana mata lalat suka akan kekotoran / benda yang negatif tapi mata lebah suka akan benda-benda yang wangi /






With love, Biskut Kelapa

Sunday 24 April 2011

Invoice, we'll see on Monday !

Sabtu adalah cuti,
Tapi aku 'perlu' buat O.T ~sigh~

Takpe-takpe anggap jer la nak cari duit. Bukan saje-saje O.T macam sesetengah orang cakap, kononnya aku saja buat-buat busy or banyak kerja so that aku boleh buat O.T. Hello ! Aku pun tak hingin la mengadap kerja sepanjang masa, aku ada life jugak okey !!

Bye Invoices !!
Malas punyer pasal, cipta rekod aku masuk kerja untuk O.T pukul 5 petang. Ape kes ? Mujur jugak aku pergi tu, ikutkan tak nak langsung. Tapi memandangkan semalam aku cuti [ amik lesen ], dah agak sure invoice, memo penuh tutup meja. Dahsyat !!

Aku masuk buat O.T pukul 5ptg, balik pukul 10mlm. Itupun takut-takut,ikut hati nak stay lama lagi, gile kentang !! Tapi balik jer la..WALAUPUN keje aku tak sudah lagi, so invoice, We'll see on Monday ya ! Take Care -_- Aku bawak balik kerja untuk Recon Raw Material and Matching TSTS for Marketing jer. Haish Y_Y

With love, Biskut Kelapa

Saturday 23 April 2011

Lulus Sudah !

 Aku bukan penjenayah lagi, dah dapat Lesen P !! Alhamdullilah. Dah gila stereng nak jalan-jalan tapi 'pitih' tak dok. Alahai.. T_T
Ini Jalanraya, 17/20
Ini pulak, Litar

Thursday 21 April 2011

MC - Sore troat

Hari ni sore troat menyerang maka nya, MC la jawabnye. Ke Lourders la kiter..hehe. Nasib la company aku ni jenis pakai tunjuk kad perubatan jer. So, bagi yang tak da fulus macam aku ni tak de la gelabah tak tentu pasal. Almaklumlah, klinik swasta paling murah pun RM25 kowt.

Hujan lebat petang ni, dan incik F cuti hari ni. Boleh bawakan saya ke klinik. Selepas mendapat seplastik beg dan sekeping MC,gerak ke kedai tinted pulak. Nak redeem free gift tinted which it steering lock. So, sekarang dah ada dua steering lock. Sapa mau ? Angkat punggung sebelah.Keji kan !!! Takpe, dah ade orang nak ;)

Snap Imad kat Mcd, dari jauh..segan nak tego. Haish.. T_T '
Untuk membuang masa, sebenarnya Incik F nak ulangkaji. Kelakor pulak dengar ulangkaji..haha. Dia nak amik test JPJ untuk jadi tenaga pengajar yang sah.Good Luck bebeh !!! So lepak kat McD la you olls ;)
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio