"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Tuesday 10 September 2013

Blogging Secara Pukal

Hi,

Since hari ni, aku amik AL, so ada lah masa aku nak berblogging. Chewah, cam hari lain tak boleh jer kan, aalashan jerr tu ;)

First, aku ingat aku amik AL ni takde guna. Meaning that, colleague amik cuti aku pun amik cuti jugak, tapi tak pergi mane pun ( luar Gerik ). Agaknya macam ni lah yer orang keje dan duduk dengan family. Makanya banyaklah balance cuti aku.

Kebetulan hari ni adalah hari pertama Danial , adik aku yang bongsu lagi degil dan nakal exam UPSR. Target student katenyer..Kak Ngah doakan semoga dipermudahkan segala urusan ye walaupun hang selalu tak dengar cakap..hehe. Hari ni jugak, birthday arwah mak. Al-Fatihah untuk mak, semoga mak tenang di sana :')

Tapi, bila di susun-susun, banyak pula agenda nye hari ni..hehe. Pagi tadi, hantar kak yang pergi driving school, kononnye nak belajar motor..sekali hujan..so, join sekali lah pegi pasar tani beli ikan and sayur.and  Actually, agenda beli sayur dan ikan tu jatuh no.2, tapi sebenarnye nak beli blouse murah lagi cantik. RM20 saje !!! Mane tak gila. Dah la hari Selasa jer ade. Rembat dua helai..puas buat masa ni. Nanti datang lagi.

Pastu beli bahan-bahan nak masak singgang daging. Ye gelaklahhhh..singgang daging pun nak practise and usha resepi bagai kan, haha. Biarlah, baru rasa berguna beli buku 1 Hari 1 resipi tu. Dah kate wishlist kannnn *kelip2 mate :)


Selain tu jugak, sempat jugak pergi bukak akaun ASB laju2 kat pejabat POS. So, lepas ni tak de alasan dah nak menyimpan. Suka2 !!! :)


Owh ya, hari ni aku start consume Lecithin + Alfafa from Shaklee product. Sekarang baru cuba set slim. So, we'll see la how it goes. InsyaAllah, I'll keep updating apa2 perubahan yer. So as at today my weight is 87 kg. Before puasa hari tu 88kg. Unexpected betoilah. Ingatkan after raya gain weight,hehe. Alhamdulillah lah, inspire nak kurus..hehe


Tadi jugak sempat try buat roti cheese, dapat sambutan. Baguslah, aku takut aku beli slice cheese tu sia-sia jer takde orang makan, hehe. Siap buat burger lagi, tapi gune roti gardenia lah..

Okey, baju pun dah habis dobi..sekian sahaja report aku pada hari cuti ni. Sabtu ni , jalan-jalan ke Cameron dengan office mate. Tak sabarnyerrrr !!! :))

See you later ..

With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio