"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Wednesday, 20 March 2013

My Halfmoon Shawl


Dear blog,

Kali ni nak share gambar saya pakai handmade halfmoon shawl. Saiz shawl ni lebih kurang 1.5 meter panjang, 75cm lebar. Materil chiffon. Mudah dibentuk, tak perlu pakai inner pun. Saiz ni bagi saya cukup besar dah. So boleh ejas lah kelabuhan dengan selesa nya. Ni kiranya kelabuhan paling minima dah ni..hehe 

Dari depan
Dari Belakang
Sekian sahaja titipan pada kali ini.

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 18 March 2013

DIY Halfmoon Shawl

Dear blog,

Lama sudah tak membebel di sini. Bukan tak ada cerita, cuma seru tak sampai *alasan sangaattt #TDDMKA hahaaa

Makanya, sekali dah mula menaip..marilah kita update perkembangan semasa. Cerita yang lepas, tak tercerita lah kalau nak recap balik. Lagipun, benda yang lepas jangan dikenang. Ahakss *againnnn alasan kannn >.<

Aktiviti semasa adalah DIY halfmoon shawl. Berminat dengan shawl jenis ni sebab senang nak pakai, selempang jer. Tapi bila tengok di pasaran ada jer yang tak berkenan di hati. Antaranya :

  • Saiz kecik
  • Harga tak padan dengan jahitan manik yang macam melepaskan batuk di tangga
  • Harga tak beragak, contohnya RM89. I know its very good quality tapi I still waras lagi nak beli shawl semahal tu >.<
  • Sometime, nak halfmoon tapi tak nak beading yang sarat sangat. Sebab beadings sarat sesuai kalo special occasion, raya ker. Ini nak pergi kerja, ermmm..akan difikirkan 
Makanya terhasillah seperti di bawah. Baru letak beading keliling. Rasa nak tambah jugak kat kepala tapi tak sesarat seperti di pasaran. Excited siapkan jahit in one day dari potong kain, jahit tepi and jahit manik sebab nak pakai esok. Boleh gitu ??? haha..Saborje lahh dgn keterujaan saya. Ya ampunnn..hehe 

#ini semua poyo !!! haha





With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio