"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013
Showing posts with label Mixer Syasya. Show all posts
Showing posts with label Mixer Syasya. Show all posts

Monday, 9 November 2015

Sosej Roll ( Doughnut Dough ) #15

Hari Sabtu menguli lagi, tapi guna resepi yang aku biasa guna. Yang confirm jadilah..hehe. Since, adik beradik balik, tu yang semangat sikit buat. Sebab memang confirm licin punye la..hehe. Lepas subuh, terus masuk dapur. Sempat goreng beberapa ketul untuk Mojo bawa ke ofis, bagi rasa. Sempat jugak singgah rumah Kak As bagi rasa sikit. Rumah dia dekat taman sebelah je.


Suka tengok kejadian dia. Cantekkk :) 

Ini adalah campuran air suam, gula, susu dan serbuk mauripan. Kacau sebati, dan tunggu hingga kembang dalam masa 15 minit. 

Ini pulak bancuhan tepung, adunan mauripan, telur dan mentega cair. 

Tutup periuk, tunggu sehingga 45 minit. Adunan akan kembang, dan naik. 

See, sebenarnya dalam tu angin jer..lubang-lubang. 

Uli adunan dan balut sosej. 

Lagi dan lagi :)

Siap digoreng. Boleh di makan dengan sos dan mayonis. Yummeh :)

With love, Ainsya Yusoff

Friday, 6 November 2015

Bubur Ala McD #14

Assalamualaikum, hari ni nak share resepi bubur ala McD. Dapat dari FB Group Masak Apa Hari Ini. Aku dah cuba. Memang betul sedap. Itu pun ada derhaka dengan resepi sebab tak letak minyak bijan. Nak pakai berapa titik je, tak berbaloi nak beli satu botol..haha. #cheapskate ! -_-' Okey, terus kepada resepinya..jeng jeng :)

Bahan-bahan 
1/2 pot beras hancur ( blend )
1 biji kiub ayam
2 hiris halia
1/2 ulas bawang putih
Secubit whitepaper
Beberapa titik minyak bijan
Isi ayam potong halus (direbus )
Bawang goreng
Daun bawang & Daun sup

Cara-cara
Masakkan beras sampai lembut. Sukatan air mestila lebih dari beras. Api sederhana. Bila dah 15 minit tengok beras dah jadi bubur. Kalo belum jadi bubur, bolehlah tambah air lagi dan lagi. Sampai jadilah kan.

Kemudian masukkan bawang putih.

Masukkan kiub ayam dan whitepaper. Kacau je,jangan tinggal nanti hangit or berkerak pulak.

Dah siap boleh lah masukkan ayam dan kacau sekejap. Matikan api dan masukkan beberapa titik minyak bijan.

Sedia untuk dihidangkan bersama daun sup, daun bawang, bawang goreng :)

Gambar hasil aku masak tak sempat ambil. Segan dengan Mojo (husband), sebab macam dah lapar sangat eh. Ingtkan macam banyak bubur tu, boleh lah simpan next morning. Sekali habis daaa..takpelah..alhamdulillah :)

Nanti aku buat lagi, aku ambil la gambar yer..hihi..

With love, Ainsya Yusoff

Thursday, 5 November 2015

Donut Gebu Tanpa Uli #13

Assalamualaikum. Memandangkan cuti pantang banyak lagi dan aku pun dah agak kuat, so marilah mencuba resepi Donut Gebu Tanpa Uli. Gitewww taw nama resepi. Resepi ni aku ambil dari FB group Masak Apa Hari Ini. Sebelum ni pernah buat donut pakai resepi NI berulang kali. Memang menjadi,tapi sajalah kita cuba resepi lain. Lagipun nampak mudah je mana-mana pun.

Screenshot dari FB
DONUT GEBU TANPA ULI
BY Che Eda 
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

- campurkan bahan ini dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

- ramaskan bahan-bahan ini sehingga menjadi macam serbuk roti.
- kemudian campurkan yis tadi dan gaul rata.
- biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
- Adunan memang lembik.Tak perlu tambah tepung.
- Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi tuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan diterap. Masa ni la ambil tepung sikit untuk terap acuan. 
- Biarkan selama 30 minit, kemudian baru goreng.

Hasil resepi di atas. Tapi aku buat half daripada bancuhan.
Since aku buat half bancuhan, rasanya tak betul-betul gebu. Yerla tak accurate kan. Saja je aku nak test resepi ni. Not bad, ingat nak cuba lagi sekali ikut resepi betul-betul untuk satu adunan tapi aku nak buat yang versi balut sosej. Yummehhh !!! Tunggu pulak yang tu ye..hehe

Sekian, selamat mencuba ! :)

With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 5 December 2012

Kuih Lopes #12

Dah lama saya tak share resipi. Kali ni nak share resipi kuih lopes. Saya geram taw beli kuih ni. Tak puas makan, kalau buat..hah boleh makan banyak mana pun kan *buruk perangai hihi

Ni first trial saya buat kuih lopes ni. Dulu arwah mak pernah buat, tapi jarang la. Sebab remeh step dia ni. Tapi kalo dah nak makan sangat, tak de ape pun yang boleh menghalang *cewahhh. Jom tengok resipinya :) Resipi rujukan saya dari Majalah Rasa edisi Mei 2012. Tapi saya ubah bagi senang.

1. Menanak pulut 
2 setengah cawan beras pulut (dibasuh dan ditoskan ) - ikutlah nak banyak mana
Sedikit garam
Air

Masak pulut mcm masak nasi,tapi kena selalu kacau lah. Api sederhana ye.

2.Membungkus pulut 
Apabila pulut sudah siap ditanak, bolehlah dibungkus dengan daun pisang. Layur dulu ye daun pisang tu. Sesetengah orang mungkin step ni remeh lalu memilih untuk meletakkan di dalam dulang (pelengat) lalu terus kukus. Tapi tak tradisional lah pulak kan hehehe

3.Kukus pulut lebih kurang 30 minit 

4. Memasak air gula
500 gm gula merah
120 gm gula pasir
1 ketul gula melaka dikikis
Air

Campurkan semua bahan, dan biarkan sehingga mendidih dan pekat

5. Sedia untuk dihidang 
Pulut yang dibungkus tadi bila sudah sejuk boleh lah dipotong dan gaul bersama kelapa parut dan dimakan bersama air gula.



With love, Ainsya Yusoff

Friday, 8 June 2012

Cucur Bilis bersama Kentang #11

Setakat resipi ni, pejam mata la kan. Semua orang tahu buat kan. Cuma berbeza mengikut selera masing-masing. Tapi takpa,saya tetap jugak nak share. Juadah ni memang dari kecil lagi mak buatkan.Oklah, tak perlu berleter panjang. Ni bahan-bahannya :

Tepung gandum
Bawang besar
Ikan bilis
Cili besar
Daun sup/bawang
Ubi kentang
Sedikit garam
Air
Minyak untuk menggoreng.

Campur semua adunan. Kacau hingga sebati. Selepas itu, goreng sehingga garing. Enak di makan bersama keluarga. Chewahhh..hehe



With love, Ainsya Yusoff

Buah Melaka #10

Resipi ni mak ajar sejak kecil lagi. Makanya, main agak-agak je lah ye. Asal bahan cukup je. So bahan-bahannya adalah :

Tepung pulut
Pewarna hijau
Air
Gula melaka ( inti )
Kelapa parut yang putih ( salut )
Sedikit garam



Cara-caranya pulak adalah campurkan tepung pulut, pewarna hijau dan air. Gaul sehingga boleh dibentuk menjadi adunan. Selepas itu boleh lah bentukkan menjadi bulat. Jangan pula lupa masukkan gula melaka yang dipotong kecil di dalamnya. Kalau tak tawarlah buah melaka tu.

Panaskan air dalam periuk,apabila mendidih bolehlah masukkan adunan tadi. Angkat apabila adunan tadi melampung. Kemudian, angkat dan kemudian salutkan dengan parutan kelapa yang digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dihidangkan.



With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 5 June 2012

Homemade Chicken Nugget #9


Bahan-bahan :
200 gm minced meat ( ayam )
1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
*sedikit oregano / serbuk perasa

Salutan luar :
2 biji telur ayam
Sedikit Oregano
Secubit garam
Breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara : 
1. Gaul rata semua daging,tepung dan garam / *serbuk perasa / *oregano . Kemudian dengan tangan beralaskan tepung, bentukkan adunan.
2. Letakkan di atas bekas ditaburkan sedikit tepung.
3. Campurkan bahan untuk menyalut adunan. Celupkan adunan ke dalam bancuhan telur tadi dan salutkan bersama breadcrumbs.
4. *Sejukkan atau boleh juga terus menggoreng.
5. Sedia untuk dihidang.

* saya ubah sedikit dari resipi asal

With love, Ainsya Yusoff

Homemade Potato Wedges #8

Bahan - bahan :
3 biji kentang bersaiz besar
1 kiub pati ayam / bilis / --- *serbuk Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya untuk merebus
Minyak untuk menggoreng

*Bahan untuk salut : 
1 biji telur 
Sedikit serbuk roti 

Cara-Cara : 
1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi ketam tidak hitam.
2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka. Saya belah 4.
3. Rebus hingga empuk. Masukkan *serbuk perasa/ kiub ayam/bilis/ *ajinomoto / *garam dalam air rebusan.
4. Angkat dan toskan.
*5. Kemudian salutkan kentang dengan telur dan gaulkan dengan serbuk roti. 
*6. Goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dihidang bersama cheese powder ala KFC.


Sebelum di goreng ( sejukbeku )
*serbuk roti nampak pelik sebab just hancurkan biskut petak je :)


Tips : 
- rebus kentang sehingga betul-betul empuk supaya dapat jimatkan masa menggoreng
- selepas siap gaul kentang bersama serbuk roti, lebih sedap jika disejukbekukan terlebih dahulu sebelum digoreng. 

* telah diubah dari resipi asal.

Sumber utama : myresipi.com

With love, Ainsya Yusoff

Agar-agar Milo #7


Bahan-bahan : 

1.5 liter air
1 bungkus agar-agar ( bukan serbuk )
1/2 tin susu pekat
7 sudu besar serbuk milo
Gula secukup rasa
1 cawan air panas

Cara-cara :

1. Campurkan milo, susu dan air panas. Kacau sebati dan asingkan ketepi dulu.
2. Mula-mula rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak
3. Kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati
4. Boleh menambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan.
5. Gaul rata sehingga mendidih, apabila agar-agar sudah beruap, barulah kecilkan api.
6. Setelah agar-agar sudah betul-betul masak, tutup api dan biarkan dalam 30 minit.
7. Bekukan

Source : myresipi.com



With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 8 February 2012

Cip Coklat Oat #6

Since semalam ada post benda alah NI, meh la nak share Cip coklat oat atau lebih familiar cookies ala-ala chipsmore or Famous  Amous #TDDMKA >.< Cheapskate memang selalu cari alternatif untuk saving the money, haha. Terimalah resipi cookies yang di cedok dari Majalah Saji keluaran November'10 #Again ;)


Bahan-bahan :
110 gm mentega
80 gm gula perang
120 gm oat
1 sudu tepung penaik
40 gm badam
150 gm tepung gandum
50 gm cip coklat

Cara-caranya :
Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain yang tinggal. Mudah bukan ? Seterusnya bakar :) Sekian.

With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 31 January 2012

Puding Coklat #5

Hari ni slot 'Mixer Syasya' nak share resipi puding coklat. Original resipi adalam dari majalah Saji keluaran November 2010. Selamat mencuba :)

Majalah Saji Nov'10

Bahan-Bahan 
1/2 cawan serbuk koko ( kalau tak suka coklat, boleh kurangkan )
1 cawan gula (ikut rasa )
650ml air
10 g serbuk agar-agar
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
1//2 tin susu cair
1 biji telur

Cara-cara membuatnya 
1. Mula-mula masak air bersama agar-agar dan gula.
2. Kemudia satukan bahan-bahan yang tinggal ( serbuk koko, tepung kastard, esen vanilla, mentega, susu cair dan telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan dalam bancuhan agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati.
4. Tapis dan masukkan ke dalam acuan. Sejukkan.

Panas berasap-asap lagi, baru tuang dari periuk.

Dah sejuk skit, tak sabar-sabar nak letak dalam pinggan, maka bunga di atas tak berapa jadi ;(

Bunga Ros atas tu tak berapa jadi akibat kurang sabar :(

Isi Padat ! Haha 

With love, Ainsya Yusoff

Saturday, 14 January 2012

Donut #4

Kali ni Mixer Syasya nak share resipi Donut. Resipi asal dari SINI. Banyak-banyak resipi, ini yang paling simple bagi aku. Tak perlu bahan-bahan yang pelik, sampai mak pon kagum ! Hah, camne tu ? Lalalala ;) So, apa tunggu lagi, moh kiter ;)

Bahan-bahan ( 20-25 biji  saiz kecil )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir ( boleh kurangkan bagi yang tak suka manis )
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 biji telur

Yis kering ( serbuk ) untuk buat donut.


Cara membuat 
1. Cairkan mentega dan ketepikan
2 Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega dicampur telur tadi. Kacau.
5. Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk berisi tepung gandum,gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6. Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat kerana adunan memang agak lembik. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan ke atas papan pencanai. Tekan acuan donut yang telah dicelup dengan sedikit tepung.
7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula castor atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan chocolate rice.

Sekarang adalah sesi paling keji iaitu mengecurkan air liur ! Rasakan, nah !

Ini bekal untuk Mak :)

Tak cukup tu, meh kita zoom lagi ! Hahaha *keji*

Dah la,tak baik dera orang. Last picture of doughnut ; chocolate ! 

Tapi kan aku geram jugak dengan doughnut jadian aku ni !

Doughnut Jadian ! Ini project for my online craft shop *promote ;) *

With love, Ainsya Yusoff

Sunday, 18 December 2011

Pancake #3



Hai, pada hari Ahad yang cerah lagi makmur, Mixer Syasya nak kongsi satu resipi lagi. Pancake taw. Kelassss kau Syasya breakfast dengan pancake. Ahaks ;) Dah-dah, jom layan resipi jer ! Haha.

Bahan-bahan ( dapat la dalam 10 keping lebih )
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula halus ( senang nak pukul )
1 biji telur ayam
1 cawan susu cair
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Gula dan telur dipukul hingga kembang.
2. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
3. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau lagi.
5. Masukkan baking powder dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
7. Masak atas pan ! ( # Hanya oleskan minyak pada pan )


Resipi asal, klik DISINI.

# Cicah susu pon sodap ! haha.

With love, Ainsya Yusoff

Friday, 16 December 2011

Apam Mekar #2



Kalau Hot FM dengan Senduk Fifi, Ainsya punya blog nak buat Mixer Syasya la pulak. Kelas kau Syasya.  Haha. So Kali ni Mixer Syasya nak kongsi resipi Apam Mekar. Syasya suka taw beli kuih ni.Cantik, gebu, mekar setaman lagi tu..lalalala :)  Now, nak cuba buat sendiri. Auwww ! [ Mood : Gedik ]

Bahan-bahannya ( Anggaran dapat lebih 50 biji papercup kecik )
250 gm gula ( kurangkan kalau tak nak manis sangat )
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
200 ml susu cair
300 ml tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna ( ikut suka )
Papercup ( Secukupnya )

Cara-Cara
1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutup untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu. Tapi berdasarkan pengalaman, baik kisar dulu gula tu, senang sikit nak pukul. 
3.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi..dan lagi. Ahaks :)  
5..Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ( ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kepada 3 bahagian )
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna ke dalama piping bag yang berasingan ( atau plastik bersih dan potong sikit bucunya atau guna sudu kecil )



9. Letakkan paper dalam acuan apam dan masukkan adunan tadi. Campur-campurkan warna, baru cantik.



10. Kukus selama 5-15 minit ( bergantung kepada saiz papercup ).
11. Sedia untuk dihidang.

*mana-mana ayat yang diboldkan adalah ayat blogger sendiri. Harap maklum. Idea asal adalah di SINI.


With love, Mixer Syasya

Sunday, 4 September 2011

Homemade Tart Nenas #1

Hi, hari ni hari Sabtu. Esok hari Ahad, mean cuti dah habis *sigh* Tak puas lagi cuti, huhu. >.<

So, nak balik ni, aku nak bawak tart nenas air tangan sendiri la. Lagipun stok yang mak aku buat dah tinggal sikit. So, better aku buat lain :) Aku just follow resipi dalam Majalah Rasa jer *mak suruh macam tu* hehe..

Tu dia, resipinyer :)
Langkah-langkahnya

Fresh dari over

Simpan dalam bekas, bawa balikk Bangi. Makan jangan tak makan !
Mak cakap sedap, lembut. Auwww ! First time cuba 100% titik peluh sendiri, JADI ! Selama ni jadi assistant mak jer..hehe


With love, Biskut Kelapa
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio