Adhoc punya program iaitu Berkelah di Lata Kekabu pada hari Krismas. Perghh, mahu menangis cikgu kalau buat karangan 'Pengalaman Cuti Sekolah' anda. Hahaha.
Gerak dalam pukul 1 tengahari after dah siap-siap masak. Menu hari itu adalah Kari Ikan, Ikan Goreng, Sambal Ikan (hancur) dan Sambal Sardin. Itu menu utama, yang side dishes tu ada jugak, haha. Iaitu buah durian, apam mekar,sandwich,keropok ikan dan buah oren ( bakal menantu bagi, InsyaAllah ).
|
Pintu gerbang Lata Kekabu |
Cuaca yang panas amatlah sesuai untuk berkelah-kelah ni. Sampai jer kat sana, terus cari port baik punyerrr. Ada wakaf cantik,dekat dengan tandas dan surau. Bagus !!
|
Port cantekkk ! haha |
Sebelum apa-apa,kita makan dulu ! Seranggg !! Haha.. Dah dapat makan sume diam. Haishhh..betul-betul haw liowww !!
|
Nampak kerakusan di situ, ahaks ;) |
|
Budak tak mandi + Budak Cengeng ! |
Masa untuk mandi manda,bajet macam pool sendiri.
Dah puas bermandi manda, kemas and balik. Sebelum balik, singgah dulu Kuala Kangsar, parent nak beli baju sekolah adik. Ikutkan sajork :)
Makan malam di Dataran Lenggong, Urghhhh sungguh menyakitkan hati ! Order lambat nak mampus. Nasi goreng ayam jer kowt. Order dari maghrib, sampai ke sudah tak dapat. Memang PANGKAH la kan ! Refer the attachment below.
|
Muka nyampah dan nak marah orang ! Sakit hati okay ! |
Habis jugak karangan aku iaitu 'Pengalaman Cuti Sekolah Saya'. Kelasss taw, karangan beserta gambar. Kau ade ?? Haha.
Apa yang penting is QUALITY TIME. Bukan senang nak kumpul semua ni. Yang ni ada, yang tu takde. Cuti tak same la, ape la. So, manfaat kan ia dengan sebaik-baiknya. I love my family very much :)
With love, Ainsya Yusoff