Bahan-bahan ( dapat la dalam 10 keping lebih )
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula halus ( senang nak pukul )
1 biji telur ayam
1 cawan susu cair
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
1. Gula dan telur dipukul hingga kembang.
2. Masukkan susu dan air. Kacau rata.
3. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan kacau lagi.
5. Masukkan baking powder dan kacau hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
7. Masak atas pan ! ( # Hanya oleskan minyak pada pan )
Resipi asal, klik DISINI.
# Cicah susu pon sodap ! haha.
With love, Ainsya Yusoff
2 comments:
Yums ! Pancake dia sedapnya, cantiknyaaa malu saya. Haha
Alolo..ikut time masak2 ni, dtg angin jadi x pelah. Dtg angin, masak2 x jadi, pasrah jer la..ahaks ;)
Post a Comment