"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Sunday, 24 July 2011

My Passion


Tak sabar nak tunggu siap sekuntum bunga ;)

Ni kerja aku time weekend. Weekdays memang harapan la. Balik kerja, terus terbongkang tak hingattt !!!
Buat keje ni memang banyak kena sabar la. Alahai, agak-agak ko bosan nak buat, stop la. Jangan la paksa,kalo buat kerja terpaksa buat ape. Bukan ade hadiah pun, kan ? Hehe..Tapi bila yer nak siap, tak sabar nak tengok bunga sekuntum ni siap. Ingat nak buat sarung bantal kereta, kalo tak pun frame kana je..hihi. Sekian ;)

Selamat berhujung minggu dengan gaya anda tersendiri..adios amigos !!

With love, Biskut Kelapa

Thursday, 21 July 2011

MC tak serupa MC

Arghhh ! MC macam tak MC je. Sikit-sikit call. Kalau call cakap elok-elok takpe la jugak. Ini asyik nak blame orang jer. Aku tak tahan dah dengan Superior macam ni. Sekarang sapa yang tak independent hah ??

Aku MC ari ni bukannyer saje-saje. Aku sakit belakang lah. Itupun sebab kerusi aku tak serupa kerusi orang lain. Orang lain sedap jer, kerusi boleh gerak-gerak,ade roda la kan. Sandar pun sedap. Kerusi aku macam kerusi kat kaunter pertanyaan. Dah la aku banyak duduk bangun. Kena angkat kerusi tu. Nampak sangat macam melukut di tepi gantang. Huh !! Macamane nak PASSION dengan kerja, kalo environment macam ni ? Sekian.

Notakaki : I need new air of workplace, sedang mengumpul info ;)



With love, Biskut Kelapa

Wednesday, 20 July 2011

Double Cheese Burger


Hari ni plan nak redeem double chees burger la. Buy 1 free 1. Jimat tu. Dengan hanya RM6++  boleh dapat dua bijik burger..haha. Aku baru tahu McD buat promotion every mid month. So, after this kena follow up la selalu website McD.

notakaki : Terasa lambat benar masa bergerak di ofis ni, aku dah niat awal. Balik kerja, nak qada tido..huhu

With love, Biskut Kelapa

Tuesday, 19 July 2011

Training oh Training

Cloud 9 satu peket, sebab dapat collect banyak coklat sepanjang Training ;)

Nikmaaatttnye bila tak perlu masuk ofis mengadap Ms.Diktator. Rase dua hari berulang-alik ke Palm Garden Hotel, best la pulok ! Cam teringin nak kerja kat sini pulak. Aishh !!! Company buat training supaya dia bekerja lebih bagus di company, ini sempat usha nak kerja tempat lain lagi ^________^

Training ni best !! Banyak yang membuka mata. Tapi kalo cerita kat sini semua memang tak habes la. Banyak yang nak dikongsikan. Takpe, pelan-pelan kayuh ;)

Tambah koleksi sijil ;)

Makanan jangan cakap la. Heaven giler, aku bantai buffet time lunch tu kaw-kaw. Bukan selalu makan gtu, tak nasi kantin nasi bungkus tepi jalan. Dok ulang tu la sepanjang aku kerja ni. Sekali kena buffet time lunch, jenuh aku mengatur..haha. Alah ! Company bayor mahal-mahal, rugi tak makan.

Lagi best, aku dapat kumpul coklat terbanyak. Dalam training ni En.Azar suka bagi reward untuk orang yang interact and respon actively dalam training. Serta kalo dapat jawab teka-teki dia pun best. Team player pun not bad. Tak delah mandom jer. Best !! Best !! Nak lagi.

Cumanyer aku takut nak masuk esok, tak tahulah apa cerita nyer..takut :(

p/s : Jadilah mata lebah,jangan jadi mata lalat. Kerana mata lalat suka akan kekotoran / benda yang negatif tapi mata lebah suka akan benda-benda yang wangi /






With love, Biskut Kelapa
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio