"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Sunday 12 February 2012

30 Days Blogging Challenge : Day 3

3) Your Favourite Store 

Kedai ni bukan sahaja kesukaan malahan obsesi jugak rasanya. Aku pantang tengok kedai seperti Daiso / SnJ Gift / Living Cabin / One Choice Shop dan Kedai RM2 pun aku layan. Haha. Aku suka kedai-kedai macam ni because kat sana boleh cari barang-barang comel lagi cute. Senang kata kawai stuff la, plus for certain shop harga sangat murah membuatkan aku bertambah gila. Pernah jugak, round satu kedai last-last beli penyepit baju kayu kecil yang comel ada lambang love. Itu paling minima la,hehe. Mean, masuk kedai sebegitu harus grab satu benda and bagi cheapskate macam aku, benda tu haruslah cute dan MURAH !

Lagipun aku memang suka DIY and kerja-kerja kraft ni. So, memang patutlah tempat aku di situ kan. Cuma kekangan aku ruang jer. Benda yang paling aku suka buat masa kanak-kanak dulu adalah 'wishing star'. Buat banyak-banyak pastu letak dalam balang comel. Bila mak mengemas rumah, barang bersepah-sepah pastu dah tak tahu letak mana dah. That's why, aku cakap kekangan ruang. Takpe, nanti ada rumah sendiri siaplah #berangan.

Source : Comel taw bila banyak-banyak :) 

Source



With love, Ainsya Yusoff

0 comments:

 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio