"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, 16 January 2012

Tak Salah Publicity Sikit

Kecoh rumah aku kejap blog adik aku masuk Remaja Jan 2012 . Hot habes la kan ?? Ok, fine ! Haha. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ahaks !*tetibe kan ! Sebab apa aku kata gitu, sebab aku dulu ada blog, then baru dia. Tapi sebab die rajin terlebey dan bermula explore di usia 12 tahun..so advance lebey dari aku kowt jadi gitu la. Godek sana, godek sini. Congratla dowh :)

Blog adik aku a.k.a FaizSahaja 

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 26 December 2011

Krismas di Lata Kekabu

Adhoc punya program iaitu Berkelah di Lata Kekabu pada hari Krismas. Perghh, mahu menangis cikgu kalau buat karangan 'Pengalaman Cuti Sekolah' anda. Hahaha.

Gerak dalam pukul 1 tengahari after dah siap-siap masak. Menu hari itu adalah Kari Ikan, Ikan Goreng, Sambal Ikan (hancur) dan Sambal Sardin. Itu menu utama, yang side dishes tu ada jugak, haha. Iaitu buah durian, apam mekar,sandwich,keropok ikan  dan buah oren ( bakal menantu bagi, InsyaAllah ).

Pintu gerbang Lata Kekabu

Cuaca yang panas amatlah sesuai untuk berkelah-kelah ni. Sampai jer kat sana, terus cari port baik punyerrr. Ada wakaf cantik,dekat dengan tandas dan surau. Bagus !!

Port cantekkk ! haha

Sebelum apa-apa,kita makan dulu ! Seranggg !! Haha.. Dah dapat makan sume diam. Haishhh..betul-betul haw liowww !!

Nampak kerakusan di situ, ahaks ;)

Budak tak mandi + Budak Cengeng ! 
Masa untuk mandi manda,bajet macam pool sendiri.


Dah puas bermandi manda, kemas and balik. Sebelum balik, singgah dulu Kuala Kangsar, parent nak beli baju sekolah adik. Ikutkan sajork :)

Makan malam di Dataran Lenggong, Urghhhh sungguh menyakitkan hati ! Order lambat nak mampus. Nasi goreng ayam jer kowt. Order dari maghrib, sampai ke sudah tak dapat. Memang PANGKAH la kan ! Refer the attachment below.


Muka nyampah dan nak marah orang ! Sakit hati okay ! 
Habis jugak karangan aku iaitu 'Pengalaman Cuti Sekolah Saya'. Kelasss taw, karangan beserta gambar. Kau ade ?? Haha.

Apa yang penting is QUALITY TIME. Bukan senang nak kumpul semua ni. Yang ni ada, yang tu takde. Cuti tak same la, ape la. So, manfaat kan ia dengan sebaik-baiknya. I love my family very much :)


With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio