"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013
Showing posts with label donut. Show all posts
Showing posts with label donut. Show all posts

Monday, 9 November 2015

Sosej Roll ( Doughnut Dough ) #15

Hari Sabtu menguli lagi, tapi guna resepi yang aku biasa guna. Yang confirm jadilah..hehe. Since, adik beradik balik, tu yang semangat sikit buat. Sebab memang confirm licin punye la..hehe. Lepas subuh, terus masuk dapur. Sempat goreng beberapa ketul untuk Mojo bawa ke ofis, bagi rasa. Sempat jugak singgah rumah Kak As bagi rasa sikit. Rumah dia dekat taman sebelah je.


Suka tengok kejadian dia. Cantekkk :) 

Ini adalah campuran air suam, gula, susu dan serbuk mauripan. Kacau sebati, dan tunggu hingga kembang dalam masa 15 minit. 

Ini pulak bancuhan tepung, adunan mauripan, telur dan mentega cair. 

Tutup periuk, tunggu sehingga 45 minit. Adunan akan kembang, dan naik. 

See, sebenarnya dalam tu angin jer..lubang-lubang. 

Uli adunan dan balut sosej. 

Lagi dan lagi :)

Siap digoreng. Boleh di makan dengan sos dan mayonis. Yummeh :)

With love, Ainsya Yusoff

Thursday, 5 November 2015

Donut Gebu Tanpa Uli #13

Assalamualaikum. Memandangkan cuti pantang banyak lagi dan aku pun dah agak kuat, so marilah mencuba resepi Donut Gebu Tanpa Uli. Gitewww taw nama resepi. Resepi ni aku ambil dari FB group Masak Apa Hari Ini. Sebelum ni pernah buat donut pakai resepi NI berulang kali. Memang menjadi,tapi sajalah kita cuba resepi lain. Lagipun nampak mudah je mana-mana pun.

Screenshot dari FB
DONUT GEBU TANPA ULI
BY Che Eda 
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

- campurkan bahan ini dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

- ramaskan bahan-bahan ini sehingga menjadi macam serbuk roti.
- kemudian campurkan yis tadi dan gaul rata.
- biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
- Adunan memang lembik.Tak perlu tambah tepung.
- Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi tuk keluarkan angin. Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan diterap. Masa ni la ambil tepung sikit untuk terap acuan. 
- Biarkan selama 30 minit, kemudian baru goreng.

Hasil resepi di atas. Tapi aku buat half daripada bancuhan.
Since aku buat half bancuhan, rasanya tak betul-betul gebu. Yerla tak accurate kan. Saja je aku nak test resepi ni. Not bad, ingat nak cuba lagi sekali ikut resepi betul-betul untuk satu adunan tapi aku nak buat yang versi balut sosej. Yummehhh !!! Tunggu pulak yang tu ye..hehe

Sekian, selamat mencuba ! :)

With love, Ainsya Yusoff

Saturday, 14 January 2012

Donut #4

Kali ni Mixer Syasya nak share resipi Donut. Resipi asal dari SINI. Banyak-banyak resipi, ini yang paling simple bagi aku. Tak perlu bahan-bahan yang pelik, sampai mak pon kagum ! Hah, camne tu ? Lalalala ;) So, apa tunggu lagi, moh kiter ;)

Bahan-bahan ( 20-25 biji  saiz kecil )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir ( boleh kurangkan bagi yang tak suka manis )
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 biji telur

Yis kering ( serbuk ) untuk buat donut.


Cara membuat 
1. Cairkan mentega dan ketepikan
2 Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega dicampur telur tadi. Kacau.
5. Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk berisi tepung gandum,gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6. Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat kerana adunan memang agak lembik. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan ke atas papan pencanai. Tekan acuan donut yang telah dicelup dengan sedikit tepung.
7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula castor atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan chocolate rice.

Sekarang adalah sesi paling keji iaitu mengecurkan air liur ! Rasakan, nah !

Ini bekal untuk Mak :)

Tak cukup tu, meh kita zoom lagi ! Hahaha *keji*

Dah la,tak baik dera orang. Last picture of doughnut ; chocolate ! 

Tapi kan aku geram jugak dengan doughnut jadian aku ni !

Doughnut Jadian ! Ini project for my online craft shop *promote ;) *

With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio