"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013
Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Teman Pengganti

Lagu ni ayah saya guna seminggu sebelum mak pergi. Kuat naluri ayah. Setiap kali telefon dia berdering, pasti terus teringat mak. Tak berdering pun, banyak benda lain yang mengingatkan pada arwah. Kuatkan hati kami sekeluarga,Ya Allah :'(. Ambil masa untuk menghayati bait-bait lirik lagu ni. 





Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


With love, Ainsya Yusoff

Friday, 3 August 2012

Dejavu Di Kinabalu

Ending Dejavu Di Kinabalu baru habis semalam. Gaya cakap macam saya tengok je setiap episod. Dunia sekarang, tak tahu cerita, just browse timeline kat Twitter pun dah boleh tahu story. Tapi seriously kalau Aqasha berlakon mesti saya cair. Saya jer la kowt, tak tahu lah korang kan. Sebabnya roomate saya kata tak suka tengok Dejavu ni sebab asyik Aqasha je dapat girl tu, macam cerita Gemersik Kalbu. Makanya hari ni dok layan lagu Butterfly sampai lebam #_#


Banyak-banyak video, video ni yang paling mencairkan hati. Alolo..hehe. Untunglah pandai nyanyi kan :) Lirik  Butterly dan Suatu Masa ni puitis kan. Puitis la bagi orang jiwang macam saya, hehe.

Okeylah, ni selingan jer sebabnya saya ada lagi satu paper untuk Mid-Term Test saya which is F4 - Law. Semalam paper costing which is F5. Alhamdulillah, exam biasalah ada susah ada senang. Tapi takdelah sampai moral down. Tapi harap sangat dapat markah yang membolehkan saya dapat Study Grant. Tak nak serabutkan kepala ayah dah. Tak suke. Tak suke :( MAKANYA, undur diri dulu..studyyyyyy..jgnla jadi studoooo..INSAF :)

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 30 April 2012

Aku menulis Bukan Kerna Nama



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu 


Suka lirik lagu ni dan rasa macam kena dengan pergolakan yang berlaku baru-baru ni di negara kita. Penuh news feed FB dan timeline twitter dengan perkara ni. Sudah-sudahlah, lagi banyak kita bercakap, suara..lagi banyak silapnya sampai memusnahkan ukhuwah. Diam itu lebih baik :)

With love, Ainsya Yusoff

Friday, 20 January 2012

KLIA Flashmob dan Aisya Hasnaa

Aku rasa video ni dah menular kat Facebook dalam beberapa hari kebelakangan ni. So, aku pun tak terkecuali la terkena biasnya. First time tengok, cam sebak lagi bangga pun ada. 2nd time sebak lagi, 3rd,4th dan seterusnya still feeling the same. Arghh, sudah ! Aku memang cam gitu, over feeling ! Haha. Cakap banyak tak guna. Nah video tu :)



Touching dowh bila orang ramai-ramai nyanyi. Patriotik habis! Menusuk ke jiwa. Aku kalau jadi juri Mentor, lagu jenis 'sampai' ke jiwa ni la aku pilih. Wahaha. Dah merapu ;)

Aku paling suka minit 4:14. Sebab  curiousity aku yang sangat tinggi kat penyanyi perempuan ni yang nyanyi lagu "Akan Datang nyanyian asal Amy Mastura", muka macam Anis Nabilah. . Search sana, search sinun. Baru tahu namanya Aisya Hasnaa. Dan rupanya dia adik kepada Chef Anis Nabilah ! Patutlah muka seiras ;) Good job, Aisya Hasnaa :) Sedap name.

OWh ade jugak part budak yang cute di minit 5:13. Geramnyerrr :) 

Tak sombong jugak, sempat balas tweet aku :)


Eh, macam sedap pulak lagu-lagu dalam video ni especially Akan Datang. Meh download buat koleksi dalam MP3 lappy !

#Updated !



With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 26 July 2011

Lazy Song on Monday


Sesuai benar dengan pagi Isnin, orang kate Monday Blues.Curious ni,sape la memandai reka Monday blues ni ? Suka suki jiran sepapat die jer. Nape tak de Friday Greeny ker ? Thursday Reddy ker ? ahah !!!
Apepon, layan jer lagu ni untuk menenangkan jiwa / fikiran yang serabut. TAPI [ amaran ] , tak mau lazy-lazy yer. No ! No ! ;)

Notakaki : Cam aman pulak rase Monday ni..everything run smoothly. Thank you Allah
With love, Biskut Kelapa
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio