"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Wednesday, 5 December 2012

Kuih Lopes #12

Dah lama saya tak share resipi. Kali ni nak share resipi kuih lopes. Saya geram taw beli kuih ni. Tak puas makan, kalau buat..hah boleh makan banyak mana pun kan *buruk perangai hihi

Ni first trial saya buat kuih lopes ni. Dulu arwah mak pernah buat, tapi jarang la. Sebab remeh step dia ni. Tapi kalo dah nak makan sangat, tak de ape pun yang boleh menghalang *cewahhh. Jom tengok resipinya :) Resipi rujukan saya dari Majalah Rasa edisi Mei 2012. Tapi saya ubah bagi senang.

1. Menanak pulut 
2 setengah cawan beras pulut (dibasuh dan ditoskan ) - ikutlah nak banyak mana
Sedikit garam
Air

Masak pulut mcm masak nasi,tapi kena selalu kacau lah. Api sederhana ye.

2.Membungkus pulut 
Apabila pulut sudah siap ditanak, bolehlah dibungkus dengan daun pisang. Layur dulu ye daun pisang tu. Sesetengah orang mungkin step ni remeh lalu memilih untuk meletakkan di dalam dulang (pelengat) lalu terus kukus. Tapi tak tradisional lah pulak kan hehehe

3.Kukus pulut lebih kurang 30 minit 

4. Memasak air gula
500 gm gula merah
120 gm gula pasir
1 ketul gula melaka dikikis
Air

Campurkan semua bahan, dan biarkan sehingga mendidih dan pekat

5. Sedia untuk dihidang 
Pulut yang dibungkus tadi bila sudah sejuk boleh lah dipotong dan gaul bersama kelapa parut dan dimakan bersama air gula.



With love, Ainsya Yusoff

Sunday, 2 December 2012

Sabtu yang Menyihatkan

Yer..yer, tahu ni entri basi. Sebab entri ni bulan 10 hari tu. Tapi ok what dari tak up langsung entri ni *sengih

Ok, mula-mula asalnya nak cuba Rojak dekat Fasa 4 Bangi, since dah masuk JJCM kan. Saya highlightla kat FB since saya memang selalu makan kat situ masa kerja kat Bangi dulu. Memang terbaiklah port tu, makan rojak bawah pokok. Nyaman rasa :)

Dah Ali ngan Fana nak cuba pulak. Aku on jer, tapi kena ade transport lah.Ali offerkan transportnya. Ajak yang lain ada alasan, takpelah kita carry on mana yang ada je lah. Then, Fana suggest alang-alang nak ke Bangi marilah kita berbasikal di Taman Botani, Putrajaya. Ni pun terpengaruh dengan saya jugak. Sebab dulu saya ada up gambar pergi sana.

Ok, kira on lah yer. Ali and Fana gerak dari Ampang. Patutnya saya kena pergi KL Sentral jumpa di sana. Tapi gaya bas tak muncul, dah la saya kena transit dua bas dari Shah Alam nak ke KL Sentral,so dorang dengan baik hati ambil saya di rumah. Baikkan :) Then, gerak terus ke Putrajaya. Merasalah kami naik kereta baru Ali ^_____^

Nasib sampai tu ada lagi basikal. If tak terpaksa lah tunggu giliran. Ok, kita layan gambar :)


Posing dulu sambil beratur beli tiket
Alolo, Fana. Manjanyer dierrr :) 

Tak janji okey nak pakai baju warna sama. KEBETULAN :) SUKA !!! 


Kami bertiga :)

Stop makan bekalan dulu. Fana bawa roti dan tuna beserta air kotak milo. How sweet she is :) 

Dah macam cover album pulak 

Kenapa tangan Ali begitu ? hoho

Update jangan tak update :)
Bersambung.. :)

With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 27 November 2012

Random | Pictures

Cucur nasi dan bilis dari resipi blog Izza, makan pula bersama cheese sauce. Rangup diluar,lembut di dalam :)  

Stay kat kampung ni, dalam seminggu mesti 2,3 kali beli iceblended RM1 ni. Kalau letak chocolated rice tambah RM0.50. Dah la kedai nye selang sebuah rumah, mane nye tak hari-hari beli. Lagi-lagi kalau musim panas :)

My other half. Kami dua orang je pun perempuan dalam family :) 

Hari tu nak buat cucur bilis bersama kentang, terjumpa ubi ni. Sweetkan. Ini barulah masak dengan kasih sayang :)

Adik bongsu bersunat. Manja >.<
With love, Ainsya Yusoff

Monday, 29 October 2012

Teman Pengganti

Lagu ni ayah saya guna seminggu sebelum mak pergi. Kuat naluri ayah. Setiap kali telefon dia berdering, pasti terus teringat mak. Tak berdering pun, banyak benda lain yang mengingatkan pada arwah. Kuatkan hati kami sekeluarga,Ya Allah :'(. Ambil masa untuk menghayati bait-bait lirik lagu ni. 





Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


With love, Ainsya Yusoff

Friday, 19 October 2012

Al-Fatihah untuk Mak

"Allah Maha Mengetahui, Allah sebaik-baik perancang. Jika mengambilnya jalan yang terbaik, hambaMu ini redha walaupun pahit pada hakikatnya. - Twitter Adik, Nurzam Faiz 

Petang Isnin ( 15 Oktober 2012), saya dapat mesej ayah bertanya samada saya boleh menunda tarikh trial exam atau tidak. Saya dah syak something,pasti ada sesuatu berlaku. Ayah bagitahu doktor minta kumpul semua anak-anaknya dan saudara mara sebab mak sedang kritikal. Ya Allah, menggeletar tubuh bila membaca mesej tersebut. Air mata dah mula mengalir, membayangkan macam-macam. Lalu telefon adik,Mil bertanyakan lebih lanjut. Dia kata ada jangkitan kuman sehingga membuatkan jantung lemah. So, kena bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Kalau boleh ingin sahaja saya terbang ke Hospital Taiping tu. Tapi apakan daya, memang tak mampu. Lalu, daripada saya mencari tiket on the spot yang tak tahu bila gerak saya berpakat dengan kawan saya untuk pulang selepas habis kerja waktu kerja beliau. Bayangkan saya terpaksa menunggu dari pukul 4 petang hingga 8 malam. Dalam tempoh masa tu, yaasin tak henti saya bacakan. Mohon keajaiban berlaku.

Kami bergerak dari Shah Alam pada pukul 8.30 malam terus ke Hospital Taiping. Dalam perjalanan pun baca yaasin jugak. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami mula masuk ke perkarangan Hospital Taiping.Masa tu memang berdebar. Entah kenapa.

Masuk ke hospital, terus meluru ke katil mak. Ada Kak Yang dan Mil sedang membaca yaasin. Bercucuran air mata bila melihat ibu yang sedang nazak. Helaan nafasnya sungguh menruntun hati. Saya tak pernah lihat mak selemah ini. Dengan pelbagai wayar disambung ke badan. Paling saya takut bila melihat mesin degupan jantung tu. Saya kucup pipi dan dahi lama. Rindu pada mak. Last saya jumpa beliau ketika saya menjaganya ketika cuti Hari Raya Aidilfitri. Selepas tu saya tak balik dah,hanya mengikuti perkembangan dari ahli keluarga. Ikutkan hati nak je saya balik tiap-tiap minggu tapi memikirkan kos, hanya doa saya kirim buat mak sepanjang ketiadaan saya.

Saya duduk baca Yaasin untuk mak walaupun amat payah saya sudahkan. Sebak hati melihat begini sekali keadaan mak. Mak yang periang, garang jugak kadang-kadang, pandai masak, sangat rapat dengan anak-anak kini akan pergi bila-bila masa sahaja. Ya Allah, redhakan lah aku dengan kepergiannya.

Dalam pukul 3 pagi, degupan jantung sudah mula lemah. Mujur ketika tu abang Min dah sampai. Mil panggil abang Min untuk berada di sisi nya, di saat akhir beliau. Berkali-kali  kami mengajarnya mengucap. Kelihatan air mata mengalir di hujung matanya. Kami nak dia tahu, 4 orang anaknya ada disisinya. Mak tak keseorangan. Ya Allah, matikan ibuku, Noraini binti Hassan di dalam iman. Cucuri rahmat ke atasnya. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Lagi tambah menghayat hati bila ayah dan adik-adik yang baru sahaja tiba di hospital. Mereka balik tidur sebentar di rumah kenalan ayah. Sangat sebak melihat adik-adik yang masih kecil Nurzam yang akan SPM tahun ni ,Murad - Tingkatan 1 dan Danial- darjah 5. Redhakan mereka ? Fahamkah mereka akan ketiadaan mak ? Bersediakan mereka ? Bagaimana dengan masa depan mereka ? Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati-hati kami menempuh ujian ini. Sesungguhnya Engkau lagi Maha Mengetahui.

Jenazah mak sampai di rumah lebih kurang jam 9 pagi. Aku dan Kak Yang mengambil kesempatan untuk menyertai proses memandikan jenazah mak. Ternyata perasaannya berbeza. Sebak pasti ada. Tetapi kami kuatkan jua,kerana ini takdirnya. Allah lebih sayangkan dia. Aku dapat lihat wajahnya tersenyum saat memandikan dia juga ketika mengucupnya buat kali terakhir.

Mak siap dikapan. Adik beradik dan ayah melihat dan mengucup mak buat kali terakhir sebelum disembahyang di masjid. Aku dan Kak Yang terus ke kubur menanti jenazah selesai disembahyangkan untuk dikebumikan. Bacaan Yaasin, doa dan talkin di ketuai oleh Abang Min, abang sulung kami. Suasana sebak menyelubungi tatkala talkin dibacakan. Mungkin kerana ia dalam bahasa Melayu, lebih mudah faham lebih mudah hati tersentuh lagi-lagi apabila yang membacakannya juga turut sebak. Setelah air mawar disiram, tiba masa untuk kami tinggalkan mak di sini. Moga emak tenang di sana. Hanya ingatan, doa dan yaasin dapat kami kirimkan buat mak.

Mak,
Takkan sekali kami lupakan mak yang melahirkan kami. Yang membesarkan kami menjadi orang berguna. Setiap marahmu, bebelan mu, masakan mu, belaian mu kami rindu. Sungguh rindu semenjak mak ditimpa sakit lagi. Kami berharap keajaiban berlaku walaupun mustahil. Kami berharap mak akan kembali pulih seperti sedia kala. Tapi ini pengakhirannya. Allah sebaik-baik perancang. Allah lebih sayangkan mak. Jika ini yang tertulis kami redha. Sesungguhnya kami tak sanggup lagi melihat kesakitan yang mak alami. Moga kita akan bertemu di sana nanti. Al-Fatihan untuk mak,Noraini binti Hassan.

    **************************

Kronologi Ringkas Tentang Penyakit yang mak alami ( tak berapa tepat sangat kerana adik perempuan,Kak Yang yang banyak menjaga sepanjang mak sakit )

11/7/12 - disahkan mengidap strok. Lumpuh sebelah kanan.

 - 2 minggu di tahan di Hospital Ipoh.
 - kemudian di benarkan pulang ketika 1st Ramadhan.
 - di tahan semula di hospital Gerik kerana mengalami bedsore
 - dipindahkan di Hospital Taiping untuk rawatan lanjut selepas seminggu Hari Raya Aidilfitri. Beberapa minggu kemudian dibenarkan tinggal di rumah.
 - 2 minggu tinggal di rumah kemudian di tahan di Hospital Taiping kena disyaki mengalami jangkitan kuman di buah pinggang dan jantung.

16/10/12 - Mak pergi mengadap Ilahi ( nama penyakit dalam sijil kematian adalah Septic Shock Infected to Gluteal Sore )

With love, Ainsya Yusoff

* Entri raya without mak

Friday, 3 August 2012

Dejavu Di Kinabalu

Ending Dejavu Di Kinabalu baru habis semalam. Gaya cakap macam saya tengok je setiap episod. Dunia sekarang, tak tahu cerita, just browse timeline kat Twitter pun dah boleh tahu story. Tapi seriously kalau Aqasha berlakon mesti saya cair. Saya jer la kowt, tak tahu lah korang kan. Sebabnya roomate saya kata tak suka tengok Dejavu ni sebab asyik Aqasha je dapat girl tu, macam cerita Gemersik Kalbu. Makanya hari ni dok layan lagu Butterfly sampai lebam #_#


Banyak-banyak video, video ni yang paling mencairkan hati. Alolo..hehe. Untunglah pandai nyanyi kan :) Lirik  Butterly dan Suatu Masa ni puitis kan. Puitis la bagi orang jiwang macam saya, hehe.

Okeylah, ni selingan jer sebabnya saya ada lagi satu paper untuk Mid-Term Test saya which is F4 - Law. Semalam paper costing which is F5. Alhamdulillah, exam biasalah ada susah ada senang. Tapi takdelah sampai moral down. Tapi harap sangat dapat markah yang membolehkan saya dapat Study Grant. Tak nak serabutkan kepala ayah dah. Tak suke. Tak suke :( MAKANYA, undur diri dulu..studyyyyyy..jgnla jadi studoooo..INSAF :)

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 16 July 2012

Ujian Allah - Mak

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah).

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Ankabut,ayat 2 yang bermaksud:

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RINDU MAK, MOGA MAK CEPAT SEMBUH :'(

With love, Ainsya Yusoff

Thursday, 5 July 2012

Say Alhamdulillah


With love, Ainsya Yusoff

Barakallah Irma :)

Bismillahirrahmanirahim..



Tahniah dan barakallah untuk Irma Hasmie dan suami. Sangat suka tengok pasangan ni. Sejuk mata memandang. Betullah bila seorang wanita mencintai Allah, Allah akan berikan lelaki yang terbaik untuk menjaganya. Moga jodoh mereka berkekalan hingga ke akhirat dan diberkati Allah selalu. Amin. Di sini, saya selitkan beberapa video menarik berkaitan dengan Irma. :)

Kisah Irma bertemu dengan suaminya :) 
Irma dan Fesyen Bertudung 
Pre-Wedding Cara Irma 
Pernikahan Irma
With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 4 July 2012

Wordless Wednesday #12



With love, Ainsya Yusoff

Friday, 8 June 2012

Cucur Bilis bersama Kentang #11

Setakat resipi ni, pejam mata la kan. Semua orang tahu buat kan. Cuma berbeza mengikut selera masing-masing. Tapi takpa,saya tetap jugak nak share. Juadah ni memang dari kecil lagi mak buatkan.Oklah, tak perlu berleter panjang. Ni bahan-bahannya :

Tepung gandum
Bawang besar
Ikan bilis
Cili besar
Daun sup/bawang
Ubi kentang
Sedikit garam
Air
Minyak untuk menggoreng.

Campur semua adunan. Kacau hingga sebati. Selepas itu, goreng sehingga garing. Enak di makan bersama keluarga. Chewahhh..hehe



With love, Ainsya Yusoff

Buah Melaka #10

Resipi ni mak ajar sejak kecil lagi. Makanya, main agak-agak je lah ye. Asal bahan cukup je. So bahan-bahannya adalah :

Tepung pulut
Pewarna hijau
Air
Gula melaka ( inti )
Kelapa parut yang putih ( salut )
Sedikit garam



Cara-caranya pulak adalah campurkan tepung pulut, pewarna hijau dan air. Gaul sehingga boleh dibentuk menjadi adunan. Selepas itu boleh lah bentukkan menjadi bulat. Jangan pula lupa masukkan gula melaka yang dipotong kecil di dalamnya. Kalau tak tawarlah buah melaka tu.

Panaskan air dalam periuk,apabila mendidih bolehlah masukkan adunan tadi. Angkat apabila adunan tadi melampung. Kemudian, angkat dan kemudian salutkan dengan parutan kelapa yang digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dihidangkan.



With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 6 June 2012

Wordless Wednesday #11

Don't Lose Your Pen !!!
With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 5 June 2012

Homemade Chicken Nugget #9


Bahan-bahan :
200 gm minced meat ( ayam )
1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
*sedikit oregano / serbuk perasa

Salutan luar :
2 biji telur ayam
Sedikit Oregano
Secubit garam
Breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara : 
1. Gaul rata semua daging,tepung dan garam / *serbuk perasa / *oregano . Kemudian dengan tangan beralaskan tepung, bentukkan adunan.
2. Letakkan di atas bekas ditaburkan sedikit tepung.
3. Campurkan bahan untuk menyalut adunan. Celupkan adunan ke dalam bancuhan telur tadi dan salutkan bersama breadcrumbs.
4. *Sejukkan atau boleh juga terus menggoreng.
5. Sedia untuk dihidang.

* saya ubah sedikit dari resipi asal

With love, Ainsya Yusoff

Homemade Potato Wedges #8

Bahan - bahan :
3 biji kentang bersaiz besar
1 kiub pati ayam / bilis / --- *serbuk Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya untuk merebus
Minyak untuk menggoreng

*Bahan untuk salut : 
1 biji telur 
Sedikit serbuk roti 

Cara-Cara : 
1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi ketam tidak hitam.
2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka. Saya belah 4.
3. Rebus hingga empuk. Masukkan *serbuk perasa/ kiub ayam/bilis/ *ajinomoto / *garam dalam air rebusan.
4. Angkat dan toskan.
*5. Kemudian salutkan kentang dengan telur dan gaulkan dengan serbuk roti. 
*6. Goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dihidang bersama cheese powder ala KFC.


Sebelum di goreng ( sejukbeku )
*serbuk roti nampak pelik sebab just hancurkan biskut petak je :)


Tips
- rebus kentang sehingga betul-betul empuk supaya dapat jimatkan masa menggoreng
- selepas siap gaul kentang bersama serbuk roti, lebih sedap jika disejukbekukan terlebih dahulu sebelum digoreng. 

* telah diubah dari resipi asal.

Sumber utama : myresipi.com

With love, Ainsya Yusoff

Agar-agar Milo #7


Bahan-bahan : 

1.5 liter air
1 bungkus agar-agar ( bukan serbuk )
1/2 tin susu pekat
7 sudu besar serbuk milo
Gula secukup rasa
1 cawan air panas

Cara-cara :

1. Campurkan milo, susu dan air panas. Kacau sebati dan asingkan ketepi dulu.
2. Mula-mula rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak
3. Kemudian masukkan bancuhan milo dan susu yang diasingkan tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati
4. Boleh menambah gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda inginkan.
5. Gaul rata sehingga mendidih, apabila agar-agar sudah beruap, barulah kecilkan api.
6. Setelah agar-agar sudah betul-betul masak, tutup api dan biarkan dalam 30 minit.
7. Bekukan

Source : myresipi.com



With love, Ainsya Yusoff

Thursday, 31 May 2012

Typeless Thursday #1

Juadah untuk berbuka puasa ;)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 9 May 2012

Wordless Wednesday #10


#Terase. Betul sangat, selalu jadi dengan kitorang :)
Pantang dalam sms :  '!' , capslock.
Meaning dlm sms : 'huhu' ( sedih ) , 'hehe' (suka )

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 7 May 2012

Korupsi dalam Diri Sendiri

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0


Bismillah....

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ?

Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat
harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan
peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

****Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari

Pemerintah ?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus

2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam

3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna

4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan

5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab

6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama

7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga

8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam

dalam negara ?

With love, Ainsya Yusoff

Monday, 30 April 2012

Aku menulis Bukan Kerna Nama



Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu 


Suka lirik lagu ni dan rasa macam kena dengan pergolakan yang berlaku baru-baru ni di negara kita. Penuh news feed FB dan timeline twitter dengan perkara ni. Sudah-sudahlah, lagi banyak kita bercakap, suara..lagi banyak silapnya sampai memusnahkan ukhuwah. Diam itu lebih baik :)

With love, Ainsya Yusoff

Saturday, 28 April 2012

Interview ACCA

Lama sungguh tak update blog ni. Mulalah tu perangai malas tu kan. Macamane lah nak jadi blogger tegar kan. Tapi baca blog orang rajin pulak kan ? Haishh -_-'

Banyak benda jadi sepanjang blog tak berupdate ni. Cuma tu la, kalau dah MALAS #apepontakboleh ! haha. Makanya ada dua tindakan perlu diambil dari kesan kemalasan ini #skemasungguh.

Pertama, update segala cerita yang tertinggal. Pilihan kedua, update masa kejadian ( cerita semasa ). Pilihan ketiga, update cerita semasa dan bila agak-agak takde idea di lain masa, baru guna idea cerita tertangguh. Haha. Dan saya pilih pilihan KETIGA. Dasar blogger memang camtu ^__^

Okey, itu baru mukadimah. Masuk kepada tajuk utama kita :) Interview ACCA untuk kemasukan ke UiTM pada 24th April 2012 di UiTM.

FYI, I think that I have Anxiety Disorder lah. Because interview pun cuak. Research kalah orang nak buat tesis. Even my studies pun macam tu. Test kecik-kecik pun study bagai. Hoho..Tapi because anxiety disorder tu la menyelamatkan/ melegakan aku. 2,3 hari sebelum tu dah buat research soalan-soalan yang bakal ditanya dalam interview tu. Survey itu survey ini. Apa yang aku dapat dari research tu : -

- why choose professional course
- written essay : what is your impression about UiTM
- cerita pasal background/personal
- No IFRS
- have to speaking English confidently ( MUST)
- different between degree and professional course : which one is better

So, saya prepare la beberapa point like what I got from my research except about the UiTM. Entah, no idea..haha. Nanti-nantilah saya fikir bila jejak kaki ke sana. So, saya just prepare point-point je lah. Kita tengok mana yang kena..haha

Hari kejadian, lewat sikit sampai. Again, saya kan ada anxiety disorder..cuak terlebih. Buat relax sudah..hoho. Dalam surat 8.30 am, tapi tambah jalan jammed dan saya sesat nak cari Accounting Faculty dan Menara SAAS, maka sampailah dalam pukul 9 :D Alhamdulillah.

Sampai-sampai, terus kena buat ujian bertulis tajuk 'Why professional course is important for you?' Arghh..lebih kurang gitu. Saya tak ingat ayat betul dia cane. Okey, buat dalam masa 15 minit. Maka saya kan dah prepare point tu, maka mudahlah keje saya kan. So, siap awal dari 15 minit. Hantarlah, dah tak tahu nak 'goreng' apa kan. Then, bersedia lah untuk interview pulak. Saya panel 4.

Lambat lagi tunggu turn, saya berbual dengan bekas rakan sekerja saya di P******S dulu. Berbual tak hingat, pastu turn dia kena interview. Maka saya pun amik seat yang dekat pintu Panel 4. Jumpa bekas rakan kolej saya di IPB pulak. Tu pun,borak tak hingat. Saya yang tak cam, dia ingat lagi kat saya ye..hehe.Oklah tu. Paling terkejut, bila rakan saya tu masuk bilik interview then keluar. Sekejap amat. Rupanya, dia ada Anugerah Dekan. No wonderlah. Okey, giliran saya pulak. Okey, saya baru nak betulkan tempat duduk dengan selesa. Tahu ape interview nye, die tanye grad bila, keje ape and dah start belum ACCA.Done :) Ish, itu jer ke ? Kalau interview by phone pon boleh..haha. Selamat :) Kitan tunggu dan lihat cane result nanti..hehe

p/s : Saya buat entry ni sebab nnti di kemudian hari, semoga ia dapat membantu orang yang anxiety disorder macam saya ni untuk interview ACCA di UiTM.


With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 20 March 2012

Sticky Post : Cotton Brooch from Craftinity ( Intake Mar'12 )

Introduce cotton brooch from Craftinity for this month, Mar'12. Don't hesitate to contact me via email. I'll try to reply as soon as possible. If you interested with cute keychain/ hp strap, feel free to browse Craftinity's Blog.Happy shopping u'olls :)

Dahlia Cotton Brooch 






Size : 5 cm X 5 cm 

RM2 / each 
RM 5 / 3 pcs
RM1.50 / 10- 30 pcs 
RM1.20 / more than 50 pcs 
RM1.00 / more than 100 pcs 

Suitable styled with a shawl, scarf,baju kurung ( your creativity )


Butterfly Cotton Brooch 



Size : 4 cm X 3 cm

RM1.50 / each 
RM1.20 / 10- 30 pcs 
RM1.00 / more than 50 pcs 
RM0.80 / more than 100 pcs 

Suitable styled with a shawl, scarf,baju kurung ( your creativity )


With love, Ainsya Yusoff

Monday, 19 March 2012

Rainbow Al-Quran



Ehem..ehem ! Nak tambah lagi satu wishlist ni. Nakk Rainbow Al-Quran. Cantik. Dah survey harga, affordable cuma jauh di Indonesia. Waduh, ongkosnya dong. Kat Malaysia ade tak ? Kalau aku modal banyak, aku dah bukak sales dah. Haha..

Ok, back to the topic. Ini wishlist aku ni, tapi aku berangan lagi moleknya kalau di jadikan hadiah time kawen. Auwww, so sweet !! Cc to Incik Future Husband :))

Psst, orang kata tak guna Al-Quran cantik dan mahal tapi kalau tak baca, tak guna jugak. Mcm telekung jugaklah kan ! Patutnya wujudnya kreativiti macam ni menggalakkan kita lebih mendekatkan diri pada Allah  :) #justsaying 


With love, Ainsya Yusoff

Friday, 16 March 2012

Keghairahanku

Wah,tajuk nak gempak saja kann !! haha. Biarkan ;) Aku memang teruja tengok kain cotton warna warni ni. Gila kan ?? Aku lagi gila kalau masuk website FabricFanatics ni. Naseb owner dia tak balas email lagi, siap la dah balas nanti. Itu nak, ini nak. Sabar-sabar -,-'

Barang-barang craft

Kain perca cotton yang di pesan, dah sampai :) 

Actually, benda ni yang paling aku excited ! Cloth cover button

Oppss, magic ! *tetibe* =,='

Cukup untuk semalam punye hasil. 
Hari ni pun still sambung lagi buat benda alah ni. Idea mencurah-curah ni ;) So, tunggu yer. Craftinity will release the product soon. Check it out :))

With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 14 March 2012

Tutorial : Nak Tahu Siapa Unfriend Korang ( FB )

Hai ! Hari ni nak share tutorial dari Fizgraphic tentang cara bagaimana nak tahu siapa unfriend kita di Facebook. Ini adalah sesuai bagi mereka yang takde kerja seperti saya ye. Suka mencuba benda baru #TDDMKA ;) Sebab apa aku cakap macam tu, sebab nak check, kena install kat website NI. Owh ya, kegiatan ini hanya sesuai dilakukan kalau korang guna Google Chrome jer :) Dah install, refresh FB so akan appear macam di bawah. Okey,selamat mencuba. #justsharing 

naseb takde orang unfriend ! 

With love, Ainsya Yusoff

Sunday, 11 March 2012

Polkadot Hitam Putih

Semalam follow parent gi kenduri, maka dapatlah merasmikan baju kurung pahang 99% handmade by mom and 1% percent from me. Sebab aku jahitkan mata lalat di leher dan silang pangkah *aku tak tahu nama jahitan tu apa* untuk hujung lengan, leher dan hujung baju.

Merah : Handmade by Me :) 

Tayang muka dulu ^_____^
Ehem ;) 
Gambar kenduri ? Tak berminat. Pergi makan jer..haha. Bye ;))

With love, Ainsya Yusoff

Thursday, 1 March 2012

Tutorial : Membina Blog

Tutorial ni adalah request dari BFF saya, Nadiah. Katanya nak buat blog sebab dia bosan sangat. Ok, ni untuk kamu. Saya mula dari basic ye ;)

1. Ada akaun Gmail ? Kalau tak ada sila sign up yer :)
2. Kemudian pergi ke website Blogger 
3. Sila masukkan Gmail anda di ruangan 'sign in'
4. Kemudian akan muncullah paparan seperti di bawah. Sila klik 'Create a blog'






Arrow merah : Contoh yang perlu di isi

With love, Ainsya Yusoff

Cloth Pad ?

Anyone know about cloth pad ? Or saya jer yang ketinggalan zaman ? Ni pun baru tahu sebab saya ada join group Geng Jahit di FB.  Ada seorang member upload hasil kerja dia. Refer gambar :

Ni adalah pantilines. Siap ada butang ooo ;)
Source : Geng Jahit Habibah Mohamed

Ni cloth pad yang dia buat untuk maternity/heavy flow. Tak letak snap button lagi.
Atas : Kain jenis Flannel
Tengah : Mikrofiber / Tuala lama 2 atau 3 lapis
Bawah : PUL ( aku tak tahu, so tanye pakcik wikipedia )

Berdasarkan discussion mereka lah, aku pemerhati bebas jer..haha. Dah ramai dah orang guna benda alah ni such as US dan UK. So, aku rumuskan ni jenis pad pakai-pakai, tak buang. Basuh, guna lagi. Lebih kurang environmental friendly katanya. Apa yang tertarik satu pendapat adalah " Kita kembali balik zaman dulu-dulu sebab orang dulu mana ada pad, pakai kain je "

So ada siapa yang berminat atau ingin berkongsi pendapat ?

Nota : Blog akan diupdate seperti biasa setelah menyepi kerana fokus dengan contest..haha ! Sekian. 

With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 22 February 2012

Wordless Wednesday #9

Menang GA RBT 21/2/12


Menang GA RBT pada 22/2/12
Harap-harap boleh menang lagi..lalala ;)

With love, Ainsya Yusoff

Wordless Wednesday #8

Bihun Sup Bertemu  Ais Kacang ! Panas-panas pekena ni memang heaven ! 

With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio