"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Tuesday, 31 January 2012

Puding Coklat #5

Hari ni slot 'Mixer Syasya' nak share resipi puding coklat. Original resipi adalam dari majalah Saji keluaran November 2010. Selamat mencuba :)

Majalah Saji Nov'10

Bahan-Bahan 
1/2 cawan serbuk koko ( kalau tak suka coklat, boleh kurangkan )
1 cawan gula (ikut rasa )
650ml air
10 g serbuk agar-agar
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
1//2 tin susu cair
1 biji telur

Cara-cara membuatnya 
1. Mula-mula masak air bersama agar-agar dan gula.
2. Kemudia satukan bahan-bahan yang tinggal ( serbuk koko, tepung kastard, esen vanilla, mentega, susu cair dan telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan dalam bancuhan agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati.
4. Tapis dan masukkan ke dalam acuan. Sejukkan.

Panas berasap-asap lagi, baru tuang dari periuk.

Dah sejuk skit, tak sabar-sabar nak letak dalam pinggan, maka bunga di atas tak berapa jadi ;(

Bunga Ros atas tu tak berapa jadi akibat kurang sabar :(

Isi Padat ! Haha 

With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 25 January 2012

HP Strap / Keychain Love Ornament (Felt)

Depan

Belakang

Okay,this is promotion entry ! Compulsory to read :) Memperkenalkan product baru Craftinity. Love Ornament (felt) ! I'm proud to introduce this product sebab saya jahit sendiri tulisan LOVE tu guna kemahiran sulam saya yang dipelajari ketika darjah 6 dalam Pergerakan Puteri Islam. Fuhh ! Yes, dulu time sekolah rendah saya join Puteri Islam dan siap jadi Presiden / Pengerusi lagi *Orait, tulisan dan merapu kerana terdapat unsur-unsur riak di situ >.<*

Okey, terus kepada subjek utama. Produk ni sudah sedia menerima tempahan (pre-order). Boleh request warna, hiasan ( if available ) and you decide nak keychain or HP Strap.

Price ? Soalan wajib orang tanye ! If macam dalam gambar RM4 but if you taknak HP Strap/Keychain, harga akan berubah or anda tak nak hiasan,nak sulam jer, tak pun memang nak Love tu kosong jer,atau macam-macam lagilah ! So, price akan berubah ikut permintaan anda :)

Sekian :)

With love, Ainsya Yusoff

Di Sebalik Nama

Sangat-sangat setuju, lagi tepat dan betul ! 

# Aku sedang berperang dengan perasaan ni. ACCA or Degree, dari lepas habis CAT sampai sekarang tak habis-habis lagi >.<


With love, Ainsya Yusoff

Monday, 23 January 2012

Spontaneous Saturday & Sunday

Mini Pizza : Guna bancuhan donut, then bakar :)

Tepung sana sini, takut sangat melekat kat dulang.
 Macam lori guni tumpah jer  >.<


Wafer aiskrim keladi : RM1 di kedai runcit sendiri :) 

Petang raya cina : Lemang. Kau mampu ??? Haha

Membantu adik melukis corak batik, pastu tolong warna separuh jalan jer ! 

Dapat siapkan keychain jersi :) RM4 per pcs *promote* 

Segala kejadian menternak lemak adalah sebab rumah sekarang full house. If tak,makanan nan hado >.<

With love, Ainsya Yusoff

Friday, 20 January 2012

KLIA Flashmob dan Aisya Hasnaa

Aku rasa video ni dah menular kat Facebook dalam beberapa hari kebelakangan ni. So, aku pun tak terkecuali la terkena biasnya. First time tengok, cam sebak lagi bangga pun ada. 2nd time sebak lagi, 3rd,4th dan seterusnya still feeling the same. Arghh, sudah ! Aku memang cam gitu, over feeling ! Haha. Cakap banyak tak guna. Nah video tu :)



Touching dowh bila orang ramai-ramai nyanyi. Patriotik habis! Menusuk ke jiwa. Aku kalau jadi juri Mentor, lagu jenis 'sampai' ke jiwa ni la aku pilih. Wahaha. Dah merapu ;)

Aku paling suka minit 4:14. Sebab  curiousity aku yang sangat tinggi kat penyanyi perempuan ni yang nyanyi lagu "Akan Datang nyanyian asal Amy Mastura", muka macam Anis Nabilah. . Search sana, search sinun. Baru tahu namanya Aisya Hasnaa. Dan rupanya dia adik kepada Chef Anis Nabilah ! Patutlah muka seiras ;) Good job, Aisya Hasnaa :) Sedap name.

OWh ade jugak part budak yang cute di minit 5:13. Geramnyerrr :) 

Tak sombong jugak, sempat balas tweet aku :)


Eh, macam sedap pulak lagu-lagu dalam video ni especially Akan Datang. Meh download buat koleksi dalam MP3 lappy !

#Updated !



With love, Ainsya Yusoff

Monday, 16 January 2012

New Item for Craftinity










Kindly visit my blogshop, CRAFTINITY  for further information. Happy shopping  !!

With love, Ainsya Yusoff

Tak Salah Publicity Sikit

Kecoh rumah aku kejap blog adik aku masuk Remaja Jan 2012 . Hot habes la kan ?? Ok, fine ! Haha. Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ahaks !*tetibe kan ! Sebab apa aku kata gitu, sebab aku dulu ada blog, then baru dia. Tapi sebab die rajin terlebey dan bermula explore di usia 12 tahun..so advance lebey dari aku kowt jadi gitu la. Godek sana, godek sini. Congratla dowh :)

Blog adik aku a.k.a FaizSahaja 

With love, Ainsya Yusoff

Sunday, 15 January 2012

Aiskrim RM1






Untungla family ada kedai runcit sendiri. Sebab kat kedai runcit aku ada aiskrim kon coklat RM1. Bagiku jadila kalo teringin nak makan aiskrim walaupun jenama tak famous pun. Slurp! Slurp! Balik kampung wajib makan aiskrim ni ;)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, 14 January 2012

Donut #4

Kali ni Mixer Syasya nak share resipi Donut. Resipi asal dari SINI. Banyak-banyak resipi, ini yang paling simple bagi aku. Tak perlu bahan-bahan yang pelik, sampai mak pon kagum ! Hah, camne tu ? Lalalala ;) So, apa tunggu lagi, moh kiter ;)

Bahan-bahan ( 20-25 biji  saiz kecil )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir ( boleh kurangkan bagi yang tak suka manis )
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis
1 biji telur

Yis kering ( serbuk ) untuk buat donut.


Cara membuat 
1. Cairkan mentega dan ketepikan
2 Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. Masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega dicampur telur tadi. Kacau.
5. Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk berisi tepung gandum,gaul sebati dengan senduk kayu. Biar adunan lagi selama 45 minit.
6. Banyakkan tepung di tangan supaya adunan tak melekat kerana adunan memang agak lembik. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan ke atas papan pencanai. Tekan acuan donut yang telah dicelup dengan sedikit tepung.
7. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula castor atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan chocolate rice.

Sekarang adalah sesi paling keji iaitu mengecurkan air liur ! Rasakan, nah !

Ini bekal untuk Mak :)

Tak cukup tu, meh kita zoom lagi ! Hahaha *keji*

Dah la,tak baik dera orang. Last picture of doughnut ; chocolate ! 

Tapi kan aku geram jugak dengan doughnut jadian aku ni !

Doughnut Jadian ! Ini project for my online craft shop *promote ;) *

With love, Ainsya Yusoff

Friday, 13 January 2012

Mengidam Edisi Putu #1

Ini adalah entri #teringin a.k.a #mengidam nak sesuatu. So, untuk 1st Episode menampilkan Putu ! Now, tekak terasa nak makan semua jenis putu okey.Rasakan ! Jamu mata jer dulu ya !

Source 
1. PUTU PIRING, nama diberi. Putih berseri. Diperbuat daripada tepung dan tepung pulut dan dalamnya ada kelapa. Kat KL aku tak jumpa lagi, balik Gerik baru dapat. Kat KL dorang makan jenis yang manis/gula ( GAMBAR SEPERTI DI BAWAH). Aku tak gemar yang tu >.<  Nak buat sendiri ? Memang TAK la kan :) 

Source 
2. PUTU BULUH pun sedap jugak. Nyum nyum !! Tak kenal ? Refer gambar :) 

Source
3. PUTU MAYAM lagi la nyum nyum rasanya. Lengkap dengan gula dan kelapa ! 

Source 
4. PUTU KACANG. Haa, yang ni takdelah aku ngidam. Ate, time raye je ada. Mintak time ni memang nak kena pelangkung la kan  ?? Haha. Kuih raya ni sedap, keras tapi cair dalam mulut :) Diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar. Harap maklum :) 

Source 
Aku dah habis review jenis-jenis putu yang aku taw. Currently, yang paling mengidam adalah no 1,2 dan 3. So alang-alang tu aku try la search kowt ada putu jenis lain. Sekali nampak ni  :- 

Ada banyak lagi jenis putu, boleh buat tesis ni ! Dah pulak !! haha
So, meh kita usha yang lain. Tambah info. Kowt ko pegi memana takdelah ko melongo kan ? Hehe

5. PUTU HALBA. Putu ni boleh didapati di Kelantan pada musim tengkujuh ( November-Disember ). Tak penah pulak si dia kabor ? #selingan. Diperbuat daripada ubi kayu. Ooo..baru tahu ;) Step cara membuat sama macam putu piring *pergh, ko cakap macam ko pernah buat putung piring kan ? Lempang laju-laju kang baru taw, haha. Untuk maklumat lanjut, klik gambar tu kerana ia terus menuju ke artikel pasal putu halba. Ok ? Next ! 

Source 
6. PUTU MAYANG. Yang ni aku takde idea. Tak penah rasa dan tak pernah jumpa. Based on my research *pergh, ayat tak boleh blah , asalnya dari Indon. Sebab website yang aku amik tu, bahasa Indon ;) Sape penah rase ? Ce cite ce citer ..

Source 
Dah, kita hentikan pencarian sampai takat ni je, sebab yang lain tu merapu. Kesimpulannya, putu selalu ada kelapa dan gula. Kecuali putu kacang la ;) Sekian ! 

With love, Ainsya Yusoff

Wednesday, 4 January 2012

Wordless Wednesday #4


Favourite glass walaupun beli kat Mydin worth RM1.90. Just love the word. Really mean it ! Ahaks ;)

With love, Ainsya Yusoff

Ukur Baju Di Badan Sendiri



Dengan terlancarnya entri ni , doesn't mean I'm a big fan of Chef Wan (CW) but I'm just share one of his FB status. Berdasarkan pemerhatian aku, CW ni memang punya style update status berjela-jela. Layan kan aje la. Tapi hari ni macam menarik skit berbanding yang previously banyak dok buat serangan balas pihak itu pihak ini. So, abaikan yang tu fokus yang ni.

Betul apa yang dia kata, kita selalu mengeluh tak cukup gaji. Ini nak bayar, itu nak bayar. Orang beli tu,kita nak beli jugak. Tapi sedar tak semua tu berpunca dari kita. Kalau gaji kecik pandai pun nak jimat kan. Bila gaji besar mulalah nak beli itu beli ini, hutang tu hutang ni. Aku selalu berharap dan berdoa harap-harap bila aku bekesempatan RM5k, aku nak maintain lifestyle and cara pemikiran aku macam gaji RM1k. Ini tak, gaji besar or naik sikit, tukar kereta. Mana tak nya hutang bertambah, makanya balik la kita kepada yang asal. Lastly, dalam poket tinggal dua tiga ratus sama macam orang yang bergaji RM1k. Fikir-fikirkan :) *ketukpalebagisedarsikit

Modal RM2.80 di Ice Room semata-mata for wifi subsidi ;)
Itu satu, budaya lepak pulak. Lepak pulak tempat ke main, bergaya habis la konon. Alhamdulillah aku tak tergolong dalam orang macam tu, dah cheapskate katakan. Seboleh-boleh kalo nak lepak tempat-tempat percuma jer, yang tak payah keluar modal. Paling grand kalau nak jugak lepak, kat McD je la. Modal aiskrim Sundae cone RM1.05 pastu duduk berjam-jam online. Tak pun, Ice Room dengan bermodalkan Ice Lemon Tea RM2.80. Full Stop. Again, jangan salahkan orang lain or majikan kata gaji tak cukup tapi tengok the way we spend the money. Ka Ching ! Ka Ching !

Cukup-cukuplah tu, muntah hijo kang kalo entri panjang-panjang. #Sekadarberkongsi since nampak CW punya status cam best jer. Chow !

With love, Ainsya Yusoff

Tuesday, 3 January 2012

Alahai Domokun

Kain felt ada banyak lagi, tak tahu nak buat apa. Ingat nak cuba pelbagaikan produk, so cuba la 'ngetest' buat domokun. Aloh kartun coklat mulut merah nampak gigi tu >.<

Source adalah dari SINI 

First trial, terhasillah domokun yang herot petot. Since ianya tidak menjadi, maka jadilah tempat untuk cucuk-cucuk jarum peniti. Hah ! Ini makannya ! *silabacagayanabil




Takpe-takpe, tunggulah. Pantang menyerah kalah, domokun kedua akan menyusul ! Bukan janji tapi pasti :) *silabacagayadavidteo

With love, Ainsya Yusoff
 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio