"When someone treats you like an option, help them narrow their choices by removing yourself from the equation"
1st September 2013

Friday, 13 January 2012

Mengidam Edisi Putu #1

Ini adalah entri #teringin a.k.a #mengidam nak sesuatu. So, untuk 1st Episode menampilkan Putu ! Now, tekak terasa nak makan semua jenis putu okey.Rasakan ! Jamu mata jer dulu ya !

Source 
1. PUTU PIRING, nama diberi. Putih berseri. Diperbuat daripada tepung dan tepung pulut dan dalamnya ada kelapa. Kat KL aku tak jumpa lagi, balik Gerik baru dapat. Kat KL dorang makan jenis yang manis/gula ( GAMBAR SEPERTI DI BAWAH). Aku tak gemar yang tu >.<  Nak buat sendiri ? Memang TAK la kan :) 

Source 
2. PUTU BULUH pun sedap jugak. Nyum nyum !! Tak kenal ? Refer gambar :) 

Source
3. PUTU MAYAM lagi la nyum nyum rasanya. Lengkap dengan gula dan kelapa ! 

Source 
4. PUTU KACANG. Haa, yang ni takdelah aku ngidam. Ate, time raye je ada. Mintak time ni memang nak kena pelangkung la kan  ?? Haha. Kuih raya ni sedap, keras tapi cair dalam mulut :) Diperbuat daripada kacang hijau yang dikisar. Harap maklum :) 

Source 
Aku dah habis review jenis-jenis putu yang aku taw. Currently, yang paling mengidam adalah no 1,2 dan 3. So alang-alang tu aku try la search kowt ada putu jenis lain. Sekali nampak ni  :- 

Ada banyak lagi jenis putu, boleh buat tesis ni ! Dah pulak !! haha
So, meh kita usha yang lain. Tambah info. Kowt ko pegi memana takdelah ko melongo kan ? Hehe

5. PUTU HALBA. Putu ni boleh didapati di Kelantan pada musim tengkujuh ( November-Disember ). Tak penah pulak si dia kabor ? #selingan. Diperbuat daripada ubi kayu. Ooo..baru tahu ;) Step cara membuat sama macam putu piring *pergh, ko cakap macam ko pernah buat putung piring kan ? Lempang laju-laju kang baru taw, haha. Untuk maklumat lanjut, klik gambar tu kerana ia terus menuju ke artikel pasal putu halba. Ok ? Next ! 

Source 
6. PUTU MAYANG. Yang ni aku takde idea. Tak penah rasa dan tak pernah jumpa. Based on my research *pergh, ayat tak boleh blah , asalnya dari Indon. Sebab website yang aku amik tu, bahasa Indon ;) Sape penah rase ? Ce cite ce citer ..

Source 
Dah, kita hentikan pencarian sampai takat ni je, sebab yang lain tu merapu. Kesimpulannya, putu selalu ada kelapa dan gula. Kecuali putu kacang la ;) Sekian ! 

With love, Ainsya Yusoff

0 comments:

 
Ainsya Yusoff by Ainsya Yusoff Studio