Majalah Saji Nov'10 |
Bahan-Bahan
1/2 cawan serbuk koko ( kalau tak suka coklat, boleh kurangkan )
1 cawan gula (ikut rasa )
650ml air
10 g serbuk agar-agar
1 sudu tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega
1//2 tin susu cair
1 biji telur
Cara-cara membuatnya
1. Mula-mula masak air bersama agar-agar dan gula.
2. Kemudia satukan bahan-bahan yang tinggal ( serbuk koko, tepung kastard, esen vanilla, mentega, susu cair dan telur. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan dalam bancuhan agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati.
4. Tapis dan masukkan ke dalam acuan. Sejukkan.
Panas berasap-asap lagi, baru tuang dari periuk. |
Dah sejuk skit, tak sabar-sabar nak letak dalam pinggan, maka bunga di atas tak berapa jadi ;( |
Bunga Ros atas tu tak berapa jadi akibat kurang sabar :( |
Isi Padat ! Haha |
With love, Ainsya Yusoff
2 comments:
sdpnye...tu klo akak..akak punya sorg je tew...heheh x cukup bg org..
amboii..tak bangun satgi kak..haha
Post a Comment